Buletin Online |
Ditulis oleh Wartawan Buletin Online | |
Saturday, 07 June 2008 | |
Seorang jurutera yang tidak mahu dikenali memberitahu bahawa beliau ada mendengar berita tentang keretakan tiang yang menyokong tempat duduk penonton tersebut. Amalan kerajaan Terengganu menggunakan bangunan separuh siap sejak kerajaan Terengganu dibawah pimpinan bekas Menteri Besar Idris Jusoh pernah di persoalkan oleh wakil-wakil PAS dalam Sidang Dewan Undangan Negeri yang lalu. Namun jawapan dari wakil kerajaan adalah umpama ‘melepaskan batuk di tangga sahaja’ . ”Soal keselamatan, memang dimana-mana pun keselamatan adalah diutamakan, kita jamin ianya selamat, InsyaAllah selamatlah tu,” jawab Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Yahaya Khatib Mohamad ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Mohd Abdul Wahid Endut, ADUN PAS dari Wakaf Mempelam. Selain dari Stadium Utama, Stadium Sultan Zainal Abidin, Stadium Tertutup, Lapangan Terbang, Taman Tamadun Islam dan Kelab Teluk Warisan adalah antara bangunan yang telah diguna pakai walaupun belum memperolehi CF. Kerajaan dilihat tidak mengambil iktibar terhadap tragedy runtuhnya bumbung dewan Sekolah Menengah Wakaf Tapai sebelum ini yang juga telah diguna pakai walaupun tidak memperolehi CF. |
0 comments:
Post a Comment