+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, May 21, 2008

Karpal terima ancaman peluru hidup

Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | May 20, 08 4:09pm

Pengerusi DAP Karpal Singh diancam bunuh oleh pihak yang tidak dikenali hari ini, lapornya kepada polis.

karpal singh live bullet threat police report 200508 03Dalam aduannya, beliau mendakwa menerima sebutir peluru hidup 9mm dan sepucuk surat dalam sekeping sampul yang dikirim oleh seorang lelaki ke pejabat guamannya di Jalan Pudu.

Menurutnya, seorang lelaki bertopi keledar yang berpenutup muka menyerahkan sampul surat tersebut kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Kandungan surat itu, antaranya, mengancam untuk membunuh peguam terkenal tersebut berhubung isu kuasa institusi raja dan hak orang Melayu.

"Karpal Singh, kau jangan cuba mempersoalkan keistimewaan orang Melayu!

"Kau jangan cuba mempersoalkan kuasa Raja-raja Melayu!

"Kalau kau tak berhenti!!! Peluru ini akan melekat pada kepala dahi kau!" isi kandungan nota itu dipetik (foto bawah).

"Ini adalah amaran pertama."

Beliau, yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor, melaporkan kejadian itu di ibu pejabat polis Dang Wangi, Kuala Lumpur pada jam 5 petang ini.

karpal singh live bullet threat police report 200508 letterKatanya selepas aduan polis tersebut, beliau tidak berada di pejabat sewaktu kejadian dan sampul itu diterima oleh seorang keraninya.

"Sebagai seorang manusia tentulah saya berasa takut," katanya apabila ditanya tentang perasaannya selepas menerima ugutan tersebut.

Menurutnya, kejadian terbaru ini kali kedua beliau diancam dengan peluru hidup - kali pertama pada 1981.

Jika nyawanya terus terancam, katanya, beliau akan meminta perlindungan polis.

Mengulas aduan beberapa pihak tentang kenyataan beliau berhubung peranan dan kuasa Raja-raja Melayu, Karpal berkata beliau menunggu siasatan polis.

"Biar polis mengambil tindakan sewajarnya," katanya.

Turut hadir di balai ialah tokoh utama DAP Lim Kit Siang dan anak peguam itu, Gobind Singh Deo.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |