|
Oleh MSO, Bernama | |
Selasa, 10 Jun 2008 | |
MENTERI Besar Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat selamat pulang ke tanah air petang ini dari menunaikan umrah. Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Klia) lewat petang ini. Beliau dijangka tiba di lapangan terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu lewat malam ini. Menurut anaknya, Nik Mohammad Abduh ayahnya berada dalam keadaan sihat selama menunaikan umrah dan ziarah.
Abdullah lawat Kelantan Jumaat ini KB: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijadual mengadakan lawatan kerja sehari ke Kelantan pada Jumaat ini. Menurut kenyataan Jabatan Penerangan Kelantan, Perdana Menteri dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini pada pukul 8.50 pagi. Perdana Menteri kemudiannya akan menghadiri Mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kelantan di Hotel Renaissance di sini pada pukul 10 pagi. Selepas mesyuarat itu, Abdullah akan menunaikan solat Jumaat di Masjid Muhammadi di sini dan kemudiannya ke Bendang Perangkap, Bunut Susu, Pasir Mas bagi merasmikan Majlis Pelancaran Pelan Meningkatkan Pengeluaran Beras Negara yang dijadualkan berlangsung pada 3.25 petang. Pada sebelah malamnya, Abdullah akan menghadiri Majlis Pemimpin Masyarakat Bersama Perdana Menteri di Yayasan Kemiskinan Kelantan di Padang Kala di sini. Abdullah kemudiannya dijadual berlepas ke Terengganu pada 10.30 malam. |
0 comments:
Post a Comment