+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, September 4, 2008

PAS 'tunggu dan lihat' 16 Sept

Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | Sep 4, 08 1:48pm

PAS mengambil sikap "tunggu dan lihat" perkembangan desas-desus ahli-ahli parlimen BN melompat kepada Pakatan Rakyat seperti diusahakan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib presiden PAS Mohamad Sabu memberitahu Malaysiakini hari ini, parti itu belum membuat sebarang keputusan rasmi berhubung usaha penasihat PKR itu membentuk kerajaan persekutuan, yang dijangka akan berlaku menjelang 16 September ini.

"Kita tunggu dulu. Sekarang pun khabar angin. Khabar angin, (PAS) hendak mesyuarat macam mana?" katanya apabila ditanya sama ada parti itu akan menyertai kerajaan baru seperti ura-ura PKR.

Dalam wawancara di rumahnya di Shah Alam pagi ini, Mohamad berkata:

"Saya tidak kisah pada mereka yang yakin (pada usaha Anwar), tetapi secara secara peribadi saya nampak tidak berapa kuat kerajaan kita.

"Tidak kuat dan tidak berwibawa. Sebab dulu kita pun tidak setuju dengan dua ahli Semangat 46 yang melompat (kepada Umno) di Kelantan.

"Kita kata macam-macam kepada mereka. Jadi macam mana kita hendak tubuh kerajaan dengan orang melompat?"

Ditanya sama ada beliau bersetuju atau tidak dengan langkah mantan timbalan perdana menteri itu, bekas ahli parlimen Kuala Kedah itu berkata:

"Saya tidak kata (saya) tidak setuju. Saya tidak buatlah (rundingan). Saya pun macam orang lain, tunggu dan lihat."

Tambahnya, sebarang kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin PAS menyokong usaha menarik wakil rakyat BN kepada Pakatan Rakyat adalah pandangan peribadi mereka dan tidak melambangkan keputusan parti.

Mohamad berkata lagi, tiada pemimpin PAS secara rasmi ditugaskan memujuk ahli-ahli parlimen BN meninggalkan parti pemerintah tersebut.

Beliau tidak mengetahui jika terdapat pemimpin PAS berbuat demikian atas kapasiti individu, tambahnya.

2 comments:

Unknown said...

Salam Ramadan,
Kiranya Naib Presiden PAS tiada pendirian khusus berkenaan penubuhan kerajaan baru yang diangankan oleh Anwar. Ini menunjukkan bahawa PAS tidak yakin dengan PKR dan PR untuk tujuan itu. Dasar tunggu dan lihat sudah cukup menggambarkan ketidakyakinan mereka kepada Anwar. Malah PAS juga tidak yakin dengan MP BN yang kononnya akan lompat ke dalam PKR. Baguslah begitu. Memang penubuhan kerajaan baru oleh Anwar tak mungkin jadi kenyataan dalam masa yang singkat pun...

Unknown said...

Saya amat setuju dengan pendapat saudara Jefri.
Kalau parti komponen sendiri dalam pakatan tidak mempunyai kepercayaan penuh kepada Anwar maka rapuh la pakatan tersebut.
Kita nak ke PR memerintah negara kita macam tu..
Nanti pemimpin asyik tak setuju di antara satu sama lain.
Binasa kita.

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |