+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, May 10, 2008

'Jangan berlakonlah'... kata Menteri Dalam Negeri pada Raja Petra

Agenda Daily



Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar dikenali sebagai orang yang serius dan jarang bermain kata-kata bila diminta mengulas sesuatu hal serius oleh para wartawan.

Kalau nak tau ini adalah antara reaksi spontan Menteri Dalam Negeri itu kepada Agendadaily ketika ditemui untuk mengulas dakwaan pengendali laman Malaysia Today,Raja Petra Kamaruddin dia membayar wang ikat jamin untuk keluar penjara Sungai Buloh kerana merasa keselamatanya terancam jika tinggal terus di situ sementara tunggu perbicaraan kesnya pada 6 Oktober ini.

“Jangan berlakonlah…” katanya.

Menteri itu berkata bahawa Raja Petra suka membuat dakwaan-dakwaan liar tetapi kemudiannya tidak tampil dengan bukti-bukti.

“Saya fikir itu semua kenyataan liar…ada peraturan dan prosedur…ramai orang yang dah masuk penjara dan keluar …sebab itu dia keluar sihat saja,”ujarnya.


Syed Hamid yang ditemui lepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC menegaskan jika Raja Petra hendak mempertahankan dakwaanya dia hendaklah membuat laporan polis mengenainya.

Raja Petra yang keluar dari penjara jam 9.30 pagi ini setelah membayar wang ikat jamin RM5,000 mendakwa dia diberitahu oleh para pengawal penjara Sungai Buloh mereka dengar dua anggota polis Unit Tindakan Khas yang sedang dibicarakan atas kes Altantuya, Sirul Azhar Umar dan Hazilah Hadri yang ditahan di penjara sama telah memekik sesuatu akan berlaku keatas dirinya.

Dia juga mendakwa para pengawal penjara menyuruhnya cepat keluar kerana mereka tidak boleh tidor kerana terpaksa jaga keselamatannya.

“Tak adalah…itu semua tak betul…dia selalu buat tuduhan yang melulu…yang liar tapi dia tidak tampil dengan apa-apa bukti..kalau betul begitu dia boleh buat laporan kepada polis dan kita boleh siasat.

“Ini memang lakonan untuk meraih simpati..lakonan yang sentiasa dimainkan,”katanya.

Menurut Syed Hamid keselamatan tahanan reman sentiasa terjamin termasuk soal rawatan perubatan.

“Kalau dia nak doktor…kita panggil doktor…tak ada masalah….jangan berlakonlah,”ujarnya.- 9/5/2008


-----------------------------

Babak kedua 'hero' dakwa ada ancaman

Babak kedua drama untuk terus jadi hero menyaksikan Raja Petra Kamaruddin yang dibebaskan daripada tahanan reman jam 9.30 pagi Jumaat selepas membayar ikat jamin diteruskan dengan dakwaan baru kononnya keselamatan dirinya terancam jika terus berada di penjara Sungai Buloh.

Menurut cerita yang menjadi plot dramanya, dia diberitahu oleh pihak penjara bahawa mereka tidak dapat member jaminan keselamatan dirinya ekoran adanya ancaman daripada tertuduh kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibu, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar.

“Pihak penjara memaklumkan kepada saya mereka tidak dapat member jaminan keselamatan kepada saya kerana berdasarkan laporan, Sirul dan Azilah ada menjerit sesuatu akan berlaku ke atas diri saya,” katanya kepada pemberita selepas dibebaskan pagi ini di Sungai Buloh.

Raja Petra ditahan reman sejak Selasa lalu kerana enggan membayar ikat jamin selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di bawah Akta Hasutan kerana tulisannya yang menuduh Timbalan Perdana Menteri dan isterinya terlibat dengan pembunuhan Altantuya.

Setelah memilih untuk tidak membayar ikat jamin akhirnya dia tukar fikiran dan bagi mewajarkan tindakannya dengan cuba memberikan gambaran kononnya Azilah dan Sirul yang menjadi tertuduh kes Altantuya mengancam keselamatannya.

Dakwa Raja Petra lagi, walaupun pihak penjara berjanji untuk menempatkan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) bagi menjaga keselamatannya tetapi tidak ada usaha bersungguh-sungguh kea rah itu dibuat.

Dakwaannya itu bagi menolak dakwaan bahawa dia sudah tidak tahan berada dia sudah tahan berada di dalam tahanan. – 9/5/2008

------------------------------------

Babak awal hero berakhir dengan ikat jamin…

Raja Petra Kamaruddin yang pada mulanya berkeras tidak mahu membayar ikat jamin sebanyak RM5,000 dan memilih tinggal di penjara serta tidak mahu bertemu dengan sesiapa termasuk isteri sendiri, akhirnya menamatkan 'babak' pertama dramanya apabila bersetuju untuk membayar ikat jamin.

Isterinya, Marina Lee Abdullah telah menyelesaikan urusan pembayaran ikat jamin di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari Khamis.

Namun ekoran urusan pentadbiran antara pihak Mahkamah dan penjara, Raja Petra akan terus berada di dalam penjara sehingga esok sebelum dibebaskan.

Selain bersetuju membayar wang jaminan berkenaan, Raja Petra yang menolak untuk mengambil makanan yang diberikan, menurut isterinya telah mula makan hari ini.

Sehingga kini sebanyak RM40,000 berjaya dikumpulkan oleh laman web Malaysia Today dalam kempen mereka untuk menyediakan wang jaminan buat Raja Petra.- 8/5/2008


baca seterusnya di sini.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |