|
Ditulis oleh WanKay & SM Noor | |
Friday, 09 May 2008 | |
Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Tengku Seri Panglima Raja dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud kelmarin. Dalam kesempatan berucap selama 20 minit yang diberikan oleh Yang DiPertua Dewan, Dr. Alias berjaya mengemukakan pelbagai masalah yang dihadapi oleh penduduk Bukit Tunggal khasnya Pulau Duyong. Beliau berkata peruntukan yang digunakan untuk kejohanan itu boleh diagihkan bagi projek pembangunan semula Pulau Duyong termasuk mendirikan rumah kos rendah untuk rakyat. ''Rakyat sebenarnya memerlukan kediaman lebih selesa selain kemudahan mencari rezeki selepas sekian lama menduduki pulau itu dalam keadaan daif, Beliau berkata kerajaan membelanjakan RM 250 juta untuk membangunkan Kelab Teluk Warisan dan RM 300 juta untuk penganjuran Monsoon Cup. Dr. Alias turut melahirkan perasaan kecewa kerana penduduk di Pulau Sekati berhampiran Pulau Wan Man dan Pulau Duyong masih belum menikmati bekalan air bersih walaupun negara telah mencapai kemerdekaan 50 tahun lepas. Katanya lagi, penduduk terbabit memperoleh air daripada perigi yang digali di halaman kediaman masing masing. ''Tiada usaha dilakukan kerajaan walaupun kawasan sekitar terdapat banyak projek mewah dibangunkan oleh kerajaan," katanya |
0 comments:
Post a Comment