+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, April 25, 2008

Kenyataan Anwar gimik politik: Hishammuddin

Sinar Harian

PUTRAJAYA - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan ramalan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pakatan pembangkang akan dapat menubuhkan kerajaan persekutuan sebelum 16 September ini sebagai permainan politik semata-mata.

“Tiga minggu lepas dia kata akan ada perubahan kepimpinan (negara) dalam masa dua minggu. Dua minggu dah pun berlalu (dan) sekarang dia kata ia akan berlaku bulan September.

“Bagi saya dia boleh buat macam-macam ramalan dan kalau ramalannya tidak menjadi kenyataan ia akan menjejaskan kredibiliti tuan punya badan sendiri,” kata Menteri Pelajaran itu kepada pemberita di sini semalam.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, orang ramai sudah mula melihat sendiri permainan politik bekas Timbalan Perdana Menteri itu apabila satu demi satu kenyataan dan tuduhan beliau sebelum ini tidak menjadi kenyataan, termasuklah kenyataan bahawa pilihan raya di negara ini tidak bebas.

Katanya, perhatian utama kerajaan Barisan Nasional (BN) kini tertumpu kepada menunaikan tanggungjawab seperti mana yang diamanahkan rakyat, bukannya melayani ramalan seperti itu.

Mengulas pandangan anggota Exco Pemuda, Datuk Idris Haron semalam bahawa jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang akan datang sebaiknya diisi oleh mereka yang telah dibentuk dan dibimbing untuk mengisi jawatan itu dan bukannya melalui pertandingan, Hishammuddin berkata, perkara itu terpulang sepenuhnya kepada perwakilan pergerakan itu.

Beliau berkata, pertandingan untuk merebut jawatan itu merupakan amalan yang sihat, dengan syarat mereka yang menawarkan diri untuk bertanding mestilah memahami arah perjuangan pergerakan itu sendiri, bukannya kerana jawatan semata-mata.

Mengenai cadangan supaya ditubuhkan satu suruhanjaya bagi menyiasat kemerosotan sokongan terhadap UMNO, Hishammuddin berkata, perkara itu seharusnya dibawa ke peringkat Majlis Tertinggi (MT) untuk diputuskan.

Anggota MT UMNO yang juga Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam menggesa UMNO supaya berubah dalam cara ia beroperasi dengan menubuhkan sebuah suruhanjaya bagi menyiasat sebab-sebab merosotnya sokongan terhadap parti itu, yang menjadi teras BN. - BERNAMA

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |