+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, July 19, 2008

Siasat kandungan akuan Petra

Malaysiakini

Jul 18, 08 3:27pm

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mahu polis memberikan keutamaan siasatan terhadap kandungan akuan berkanun Raja Petra Kamarudin yang mengaitkan isteri timbalan perdana menteri dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan bukannya mendakwa penulis blog terkenal itu.

raja petra kamaruddin arrest at police ipk 170708 04"Apabila Raja Petra mendedahkan dakwaan itu (dalam akuannya) pada 18 Jun, beliau dengan jelas menyatakan ia bertujuan 'mendesak semua pihak yang mengetahui dan mempunyai maklumat tentang perkara ini agar tampil membongkar kebenaran agar polis boleh menjalankan siasatan perinci pembunuhan Altantuya'," kata penyelarasnya John Liu.

Walaupun isteri Datuk Seri Najib Razak telah menafikan penglibatannya dengan pembunuhan wanita Mongolia itu, tambah Suaram, "tidak wujud sebarang pendedahan tentang siasatan polis mengenai nama-nama yang dikaitkan" dalam akaun berkanun pengendali blog Malaysia Today.

Raja Petra semalam didakwa di mahkamah atas tuduhan memfitnah Rosmah Mansor dan dua orang lagi - Lt Kol. Aziz Buyong yang didakwanya "pakar bahan letupan C4" dan isterinya Lt Kol. Norhayati Hassan, yang dikatakan pengawal peribadi isteri Najib.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dan kemudian dibebaskan dengan jaminan RM2,000. Perbicaraan kes itu ditetapkan pada 15 Ogos.

Dalam kenyataannya hari ini, badan pejuang hak asasi manusia itu juga mengecam pendakwaan terhadap penulis popular tersebut.

"Jika polis tidak memanggil individu-individu yang dinamakan oleh Raja Petra dalam akuan berkanunnya, keputusan mendakwanya dengan jenayah memfitnah pada saat ini boleh dianggap setidak-tidaknya, pada saat ini, pramatang," kata Suaram.

"Selagi tiada bukti kukuh menunjukkan dakwaan Raja Petra itu palsu, beliau tidak patut didakwa jenayah memfitnah."

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |