Harakahdaily Intan Abdullah Thu | May 22, 08 | 5:09:28 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Hrkh) - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz mengetengahkan bahawa kebanyakan pemimpin negara Islam yang terlibat dengan gejala rasuah. Dalam soalan yang dibangkitkan Dato' Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) beliau menyatakan bahawa penyakit rasuah telah lama berlaku. "Meskipun dalam Islam tidak menetapkan hukuman rasuah, ia terserah kepada budi bicara pemerintah bagi menyelesaikan, saya mencadangkan supaya memberi penekanan kepada aspek zahir semata-mata tanpa menitik beratkan aspek spiritual dalam aspek pencegahan," ujarnya dalam sesi penggulungan ke atas perbahasan titah ucapan diraja oleh Jabatan Perdana Menteri mengenai Badan Pencegah Rasuah (BPR). Nazri dalam jawapan beliau meminta agar Abdul Hadi yang juga merupakan Presiden PAS mengusulkan cadangan secara khusus bagi menangani masalah rasuah yang kini telah dikategorikan sebagai penyakit wabak yang merbahaya. Namun, Abdul Hadi juga menegaskan bahawa punca berleluasanya masalah tersebut di negara-negara Islam adalah disebabkan pemimpin yang menerajui negara tersebut tidak melaksanakan undang-undang Islam. Sementara itu, ketika menjelaskan persoalan yang dibangkitkan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) Nazri tidak membenarkan Dato' Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) untuk menjawab soalan berkenaan walaupun beliau telah pun berdiri untuk memberi ulasan mengenainya. "Saya telah dihubungi BPR tentang hal ini dan ianya tidak dimaklumkan menerusi media, jadi apa yang dilaporkan oleh akhbar The Sun tidak betul," katanya. Dalam soalan yang dikemukakan Lim, beliau ingin mendapatkan penjelasan mengenai tindakan Abdul Rahman yang tidak mahu membuat laporan kepada BPR berhubung sejumlah wang yang ditawarkan kepadanya sehingga ia dikatakan boleh berbelanja sehingga dua ke tiga generasi. "Ini seolah-olah menunjukkan wujudnya fahaman yang berbeza-beza di kalangan pemimpin BN," tegasnya. Pada masa yang sama, Nazri menjelaskan bahawa persoalan mengenai hasil siasatan BPR tidak akan didedahkan kepada umum. "Jika Yang Berhormat ingin mendapatkannya, ianya disimpan di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu," katanya. Dalam persoalan yang ditimbulkan sebelumnya, Tian Chua (KeADILan-Batu) meminta penjelasan mengenai hasil siasatan BPR bagi membersihkan nama baik Perdana Menteri setelah pelbagai tohmahan dikenakan ke atas beliau menerusi laman web dan blog. "Yang menjadi kehairanan saya ialah kenapa pihak berkuasa bertindak dengan cepat dalam membersihkan nama Timbalan Perdana Menteri dan sebaliknya berlaku kepada Perdana Menteri?" ujarnya. Mengulas mengenai isu tersebut, Nazri menyatakan ianya adalah terpulang kepada pihak polis dan Peguam Negara untuk mengadakan siasatan dan tindakan selanjutnya. - mks. |
Thursday, May 22, 2008
Tidak laksana perundangan Islam punca rasuah berleluasa - Presiden PAS
Posted by
Sang Pemantau
at
6:54 PM
Labels: Harakahdaily, Negara Islam, TGHA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment