Malaysiakini |
Apr 23, 08 9:49am |
Penulis kolum terkenal, cendekiawan Melayu dan juga bekas pemimpin politik kanan Parti Rakyat Malaysia (PRM) Rustam A Sani meninggal dunia di rumahnya di Gombak awal pagi ini.![]() Rustam, yang memblog di Suara Rakyat dan Karya Semasa, pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Malaya dan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), kumpulan pemikir terkenal negara ini. Selain menghasilkan buku dan membentangkan fikirannya di pelbagai pertemuan akademik dan bukan ilmiah, beliau giat menulis rencana dan kolum dalam bahasa Inggeris dan Melayu di akhbar-akhbar harian tempatan. ![]() Rustam, seorang yang mudah didekati dan mesra, dilahirkan dan mendapat pendidikan awal di Tanjong Malim, Perak sebelum menyambung pelajarannya di Universiti Malaya dan akhirnya ke Universiti Yale. Ahli sains sosial dan pemikir penuh warna-warni ini diberikan amanah sebagai naib presiden PRM sebelum ia bergabung dengan Parti Keadilan Nasional dan melahirkan PKR. Allahyaraham hanya menunggu tiga hari lagi untuk majlis pelancaran dua buku terbarunya Failed Nation? Concerns of Malaysian Nationalist dan Social Roots of The Malay Left yang akan disempurnakan oleh Anwar di perpustakaan negeri Selangor di Shah Alam pada Sabtu ini pada 3 petang. orangkita - Al Fatihah kepada Pak Rustam, semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan orang yang beriman.... |
Wednesday, April 23, 2008
Rustam A Sani ke rahmatullah
Posted by
Sang Pemantau
at
1:15 PM
Labels: bloggers united, malaysiakini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment