+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, July 17, 2008

DNA: Anwar beri jika ada perintah mahkamah...

Malaysiakini

Andrew Ong | Jul 17, 08 7:48pm

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membenarkan polis mengambil sampel DNA darinya jika mahkamah memerintah demikian, kata peguamnya, Sankara Nair hari ini.

Bercakap kepada pemberita di kediaman Anwar di Bukit Segambut, Kuala Lumpur, Sankara berkata, polis boleh memohon kepada mahkamah jika mereka mahu sampel DNA tersebut.

Semalam, sewaktu ditahan, Anwar enggan memberi contoh DNA darinya kepada pihak polis bila mereka membawanya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Bagaimanapun, Sankara berkata, usaha polis itu mungkin dikecewakan seperti dalam kes-kes duluan sebelum ini.

"Terdapat satu kes yang didengar oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk KC Vohrah yang tidak membenarkan polis memaksa sesiapa memberi contoh darah atau contoh dari badan," katanya.


Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, pihak polis akan menggunakan ruang undang-undang yang ada untuk
mendapatkan contoh DNA Anwar.

Pada 28 Jun lalu, seorang bekas pembantu Saiful Bukhary Azlan membuat laporan polis mendakwa dia telah diliwat oleh mantan timbalan perdana menteri itu.

Manipulasi laporan polis

Dalam perkara berkaitan, Sankara berkata, beliau telah mencuba sebanyak lim akali - secara lisan dan bertulis - untuk mendapatkan laporan polis Saiful.

Katanya, pada 3 Julai lalu, polis Brickfields telah bersetuju memberi salinan laporan tersebut tetapi enggan berbuat demikian pada hari berikutnya.

"Laporan polis adalah dokumen awam dan tertuduh patut diberikan satu salinan," katanya.

Peguam dan ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi PKR, Latheefa Koya menjelaskan, kebiasaannya, polis akan merahsiakan laporan untuk melindungi identiti pengadu, tetapi dalam kes ini, identiti Saifaul sudah diketahui umum.

"Apa yang kami bimbangkan ialah laporan polis tersebut dimanipulasikan selepas polis mengambil kenyataan Anwar," katanya.

Sebelum itu, Sankara berkata Anwar juga enggan menyerahkan pasportnya seperti yang diminta oleh pegawai penyiasat kerana beliau belum lagi didakwa di mahkamah.

Katanya, pergerakan Anwar tidak boleh disekat dan menegaskan ketua umum PKR itu akan melaporkan diri di ibupejabat polis (IPK) Kuala Lumpur pada 18 Ogos seperti yang diminta.

"Ketika itu, mereka boleh memilih untuk melanjutkan tempoh ikatjamin, memutuskan tidak perlu lagi siasatan lanjut atau mendakwa beliau," tambahnya.

Anwar ditangkap semalam untuk membantu siasatan polis terhadap laporan Saiful itu. Beliau dibebaskan dengan ikatjamin polis pada jam 9.45 pagi tadi. Berita asal

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |