+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, July 17, 2008

"Muhyiddin layak jadi TPM" Mahathir

KLpos


Cetak E-mail
Oleh Bernama
Selasa, 15 Julai 2008

KL: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu memenangi jawatan Timbalan Presiden Umno sekiranya beliau bertanding pada pemilihan parti Disember ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata sekiranya Datuk Seri Najib Tun Razak berhasrat mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Umno, beliau mungkin ditentang oleh Muhyiddin di mana keputusannya mungkin berpihak kepada Muhyiddin.

"Tanggapan umum terhadap Najib ialah beliau seorang pemimpin yang lemah dan tidak mempunyai pendirian sendiri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pejabat Kongres India Muslim di sini hari ini.

Ditanya siapa lebih layak menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau berkata Muhyiddin layak menyandang jawatan itu sekiranya memenangi jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan nanti. "Kalau dia menjadi Timbalan Presiden, sepatutnya dia dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Dr Mahathir berkata Muhyiddin, yang sehingga kini tidak menyatakan jawatan yang ingin ditandinginya, boleh memenangi jawatan Timbalan Presiden kerana beliau lebih mudah diterima oleh anggota Umno yang menyokong Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan juga golongan yang tidak menyokong Abdullah.

"Saya tidak kata saya menyokong Muhyiddin tetapi saya menyokong sesiapa sahaja kerana saya bukan lagi ahli Umno," kata Dr Mahathir yang bertindak keluar daripada Umno pada 19 Mei lepas kerana tidak bersetuju dengan kepimpinan Abdullah.

Ditanya siapa lebih layak menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau berkata Muhyiddin layak menyandang jawatan itu sekiranya memenangi jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan nanti.

"Kalau dia menjadi Timbalan Presiden, sepatutnya dia dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Dulu masa Tun Musa (Hitam) tidak mahu terima jawatan Timbalan Presiden, saya beri jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Tun Ghafar (Baba) tetapi Tun Ghafar terpaksa bertanding jawatan Timbalan (Presiden Umno) dan dia menang mengalahkan Tun Musa," katanya.

Dr Mahathir berharap pada pemilihan parti Disember nanti "orang lain" akan dibenarkan bertanding.

"Mesti benarkan orang lain bertanding supaya hasrat mengubah akan tercapai tapi saya percaya, pemilihan akan dimanipulasikan dengan memberi wang, kain pelikat dan sebagainya.

"Mereka akan memilih siapa yang disokong oleh Datuk Seri Abdullah, mungkin juga Datuk Seri Najib akan menanglah, dan dialah akan jadi Timbalan Perdana Menteri dan bakal Perdana Menteri," katanya.

Untuk melayakkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden, seseorang bakal calon memerlukan 20 peratus atau 38 pencalonan daripada 191 Bahagian Umno, yang akan memulakan persidangan perwakilan masing-masing pada 9 Okt ini.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |