+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, April 10, 2009

Pengumuman kabinet baru untuk tutup kes pembunuhan Altantuya

Suara Keadilan

Kabinet Najib tidak bersih mungkin sedikit garang : Lim Kit Siang

Anna Yusof

KUALA LUMPUR, 10 April (SK) : Keputusan kes pembunuhan kejam wanita Monggolia Altantuya ditutupi dengan siaran langsung kenyataan Perdana Menteri Najib Razak yang mahukan barisan kabinet barunya bersih dan menggelarnya sebagai kabinet rakyat.

Dalam kenyataan blog Penasihat Dap Lim Kit Siang, mempersoalkan bahawa Najib mahukan barisan kabinet yang bersih dan menggelarnya kabinet barisan rakyat namun lain dari apa yang diamalkannya sendiri.

“Pengumuman kabinet baru Najib semalam adalah satu penutupan kes panas pembunuhan wanita Monggolia Altantuya pada sebelah pagi hari yang sama, kesimpulannya beliau sendiri mengamalkan ‘perhubungan awam’ (PR) yang terburuk dalam sejarah politik negara.

“Kes keputusan Mahkamah Altantuya di tenggelami oleh siaran langsung kenyataan menteri kabinet baru dengan laporan prestasi kerja (KPI) masing-masing.

Rakyat amat kecewa kerana mahukan pembelaan yang adil dalam kes Altantuya tetapi fikiran mereka dipatahkan dengan sumpah keramat barisan menteri baru beliau,” jelas Lim.

“Persoalannya begitu bersihkah Najib dari sejarah hitam politik beliau sendiri,” tegas Lim lagi.

Kabinet Baru Najib Razak gagal mempamirkan barisan ‘bersih’ dan seperti dipengaruhi barisan ‘pintu belakang parlimen’ dengan membawa calon yang kalah dalam pilihanraya Umum ke-12 lalu.

Nama seperti Dr. Koh Tsu Koon, Shahrizat Abdul Jalil, Chew Mei Fun dan Dr. Awang Adek Hussin yang tidak mewakili dari suara rakyat sekalugus seolah memepersenfakan demokrasi.

Lim mempersoalkan jika Najib mahukan barisan kabinet yang bersih dan menggelarnya kabinet barisan rakyat maka beliau harus membersihkan sekurang-kurangnya satu per tiga dari 32 menteri kabinet Abdullah Ahmad Badawi.

“Hakikatnya Najib telah membesarkan barisan kabinetnya kepada 68 orang termasuk 28 menteri dan 40 timbalan menteri yang tidak akan menampakkan sebarang kebaikan kepada rakyat walaupun kekurangan empat menteri penuh,” kata Lim dalam kenyataan beliau.

Najib telah melantik lebih ramai menteri dan timbalan daripada kabinet Mahathir selepas piliharaya umum 1999 dimana hanya 27 menteri dan 27 timbalan menteri berserta dengan 16 setiausaha parlimen.

“Dengan barisan menteri kabinet baru ini, Najib tidak boleh membohongi rakyat dengan moto ‘Satu Malaysia,Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ ini.

“Seperti Abdullah, Najib juga gagal membariskan ahli korporat dalam kabinet baru beliau,” tambah Lim.

Kenyataan beliau juga melaporkan bahawa pergolakan jelas dilihat apabila Mukhris Mahathir dilantik sebagai timbalan menteri dan manafikan kedudukkan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno yang baru dilantik semasa pemilihan majlis tertinggi baru-baru ini.

“Sungguh ketara tanggapan rakyat bahawa Najib di kuasai oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan menimbulkan tanda tanya kenapa Khairy disisihkan dimana beliau dituduh rasuah secara terang-terangan oleh Mahathir dan tidak layak untuk menerajui barisan kabinet baru Najib,” beliau berkata.

“Seperti mana persoalan rakyat mengenai kedudukan Mohd Ali Rustam bahawa waluapun telah di hukum oleh Majlis disiplin Umno dan tidak layak bertanding, namun masih boleh memegang jawata Ketua Menteri Melaka,” jelas Lim dalam kenyataannya.

“Dalam barisan kabinet baru Najib dilihat sebagai Sabah adalah perwira dan Sarawak sebagai penakut kerana membariskan empat berbanding dua menteri dari negeri tersebut.

Sungguh jelas bahawa kemenangan Barisan Nasional di pilihanraya kecil Batang Ai baru-baru ini tidak dihargaioleh beliau ,” kata Lim mengakhiri kenyataan beliau.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |