SHAH ALAM: Peguam Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar menyalahkan satu sama lain berhubung keputusan mahkamah menjatuhi hukuman gantung sampai mati kepada anak-anak guam mereka kerana didapati bersalah membunuh wanita Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibu.
Mereka mendakwa kegagalan memanggil saksi-saksi lain telah menjejas kes pihak pembela untuk menyokong alibi Azilah dan Sirul.
Peguam Sirul, Encik Hasnal Merican, berkata beliau akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu.
Peguam pemerhati bagi pihak keluarga mendiang Altantuya, Encik Karpal Singh, pula berkata masih banyak persoalan yang belum terjawab berhubung motif pembunuhan wanita Mongolia itu.
Menurutnya, satu lagi persoalan yang belum terjawab ialah sama ada kedua-dua tertuduh itu melakukannya atas kehendak sendiri atau diarahkan berbuat demikian oleh orang lain.
Bagaimanapun, ketua pihak pendakwaan kes tersebut, Tun Majid Tun Hamzah, berkata pihaknya berpuas hati dan telah membuktikan bahawa tiada orang lain terbabit dalam kes pembunuhan itu.
(Betul punya BAHALOL Tun Majid Tun Hamzah. Apa hal pula Azilah dan Sirul tidak pasal-pasal hendak bunuh Altantuya?. Altantayu datang ke Malaysia kerana kaitan urusannya dengan Najib Razak dan Razak Baginda. Kesangsian seperti ini pun Tun Majid Tun Hamzah tidak bolih nak fikirkan? Inilah taraf ketua pendakwa yang bolih diibaratkan seperti “Lembu Yang Dicucuk Hidung”. Hello Tun Majid, kamu adalah manusia yang butahati).
Dalam penghakimannya semalam, Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin berkata pembelaan Azilah bergantung kepada keterangan yang dia tidak berada di tempat kejadian semasa jenayah itu dilakukanan.
‘Dia mendakwa berada di Wangsa Maju dan dia bukannya orang terakhir berada bersama Altantuya kerana dia menyerahkan Altantuya pada malam itu kepada tertuduh kedua (Sirul) untuk dihantar pulang ke Hotel Malaya,’ katanya.
Pembelaan Sirul Azhar pula hanya bergantung kepada keterangan bahawa dia adalah ‘kambing korban bagi menutup kesalahan mereka yang tidak ada di mahkamah’.
Dia juga berkata tiada bukti yang menunjukkan mendiang Altantuya telah diserahkan kepadanya oleh Azilah untuk dihantar pulang ke Hotel Malaya.
Pihak pendakwa raya menuduh kedua-dua pegawai polis itu membawa mendiang Altantuya ke kawasan hutan berdekatan Shah Alam sebelum menembak dan meletupkannya dengan bahan letupan pada 19 Oktober 2006.
Sebelum ini, pemimpin parti pembangkang telah berkali-kali mengaitkan Perdana Menteri Malaysia yang baru, Datuk Seri Najib Tun Razak, dan isterinya, Datin Rosmah Mansor, dengan pembunuhan mendiang Altantuya.
Datuk Seri Najib dan Datin Rosmah, bagaimanapun, telah menafikan dengan keras tuduhan itu. — Agensi.
Inikah Kambing Hitam?
Terima kasih kepada penitip minda, keduak, yang telah mengemailkan gambar dan lakaran di atas.
0 comments:
Post a Comment