Harakahdaily Azamin Amin Tue | May 06, 08 | 2:42:28 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 6 Mei (Hrkh) - Dato' Seri Mohd Khir Toyo menggesa supaya Barisan Nasional (BN) khususnya Umno mengambil perhatian serius perancangan dan kenyataan Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat. Beliau berkata Anwar Ibrahim mengumumkan untuk membentuk kerajaan pakatan rakyat pada 16 September kerana tarikh ini mempunyai signifikan tersendiri kerana merupakan tarikh pembentukan Malaysia. "Saya sedar Anwar ingin menggunakan tarikh ini sebagai permulaan era Malaysia Baru. "Dan saya agak kesal melihat pemimpin Umno masih menganggap ianya suatu sandiwara," katanya yang dipetik daripada blognya. Baginya, Anwar tidak akan merelakan kredebilitinya jatuh buat kali kedua kerana sekiranya berlaku dunia akan menganggap beliau sebagai pemimpin yang kuat berbohong dan tidak akan mendapat kepercayaan rakan politiknya. "Atas dasar itulah pemimpin BN perlu menganggap perkara ini lebih serius. Tindakan tertentu perlu diambil. "Dalam politik segalanya berkemungkinan. Bagi mereka yang merancang dengan baik kemungkinan itu akan berpihak kepada mereka," katanya. Sebelum itu beliau turut mempertikaikan tindakan kerajaan yang agak terburu-buru membuat keputusan membentuk suruhanjaya kehakiman baru-baru ini. Katanya, selain daripada peranannya yang tidak dijelaskan, beliau khuatir akan ada banyak persepsi dan harapan yang tidak dapat dipenuhi oleh kerajaan kepada rakyat. Kekhuatiran ini kata bekas Menteri Besar Selangor itu berdasarkan banyak pengumuman-pengumuman yang dibuat oleh kerajaan berkenaan penubuhan suruhanjaya yang disambut gembira oleh rakyat berakhir dengan lebih banyak kemarahan kemudiannya. Pada beliau lebih penting pengumuman yang sebesar ini perlu dibuat dengan kajian dengan teliti bersama banyak pihak. "Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Janganlah kerana ingin mencari populariti sehari rosak negara bertahun lamanya," katanya. - mks. |
Wednesday, May 7, 2008
'Jangan pandang remeh Anwar Ibrahim' - Khir Toyo
Posted by
Sang Pemantau
at
1:06 AM
Labels: DSAI, Harakahdaily, Khir Toyo
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment