Buletin Online Written by Editor |
Friday, 20 March 2009 11:32 |
Petronas telah menutup beberapa unit petrokimianya di negeri ini dan di negeri Pahang sebagaimana di laporkan oleh International Herald Tribune. Ia dibuat berikutan permintaan terhadap polyethylene, produk utamanya, telah mengalami kejatuhan akibat kurangnya permintaan dari luar negara. Polyethylene digunakan dalam pakej plastik, alat ganti kereta dan pembungkusan makanan. Beberapa operator lain juga sedang menilai semula pengeluaran mereka, manakala Ketua Eksekutif Petronas Hassan Merican, baru-baru ini telah menggesa industri tersebut untuk menggabungkan sumber-sumbernya bagi menghadapi cuaca ekonomi global yang tidak menentu. Antara 39 buah syarikat yang beroperasi di Malaysia adalah Titan Chemicals, Exxonmobil, BASF yang mempunyai hubungan niaga dengan Petronas. Hermann Brandt, Pengarah Urusan BASF-Petronas, sebuah usahasama antara Syarikat Petrokimia Jerman dengan Petronas berkata pihaknya sedang mengambil langkah selaras dengan persekitaran perniagaan. "Kami sedang mengambil langkah aktif dan fleksibel melawan arus perniagaan yang sedang menurun, setiap kilang akan membuat pengeluaran mengikut situasi pasaran yang khusus, "penyimpanan sedang dikurangkan, mengurus secara aktif kos pengeluaran dan mengurangkan perbelanjaan dimana-mana yang boleh,”katanya. Bandt menambah, katanya, beliau percaya pengukuran dan penilaian semasa adalah perlu buat sementara waktu, bagi menyediakan kesiapsiagaan dan kekuatan apabila keadaan ekonomi bertambah baik kelak. Antara cadangan pengembangan yang terpaksa dinilai semula adalah Kilang Penapisan Minyak Mentah di negeri Kedah. Jurucakap SKS Development, kontraktor pembinaan projek tersebut berkata langkah berhati-hati dan menilai semula pelaburan perlu diambil sejajar dengan perkembangan ekonomi dunia. Kos pembinaan kilang penapis itu melibatkan RM7.7 bilion yang dijangka mengeluarkan 200,000 tong minyak sehari. Titan Chemicals, syarikat terbesar pengeluar produk petrokimia di Malaysia adalah antara pengeluar terbesar produk ethylene dan propylene menerima kesan dari kekurangan permintaan. Angka terakhir syarikat tersebut menunjukkan jumlah jualan mengecut sebanyak 11 peratus dan untung kasar menyusut 2.2 peratus bagi suku ketiga tahun lalu. Tindakbalas keatas permintaan yang lemah, Titan difahamkan telah mengurangkan pengeluarannya dari 20 peratus hingga 80 peratus. Sektor petrokimia adalah penyumbang utama kepada keseluruhan sektor pembuatan dalam negara ini yang bernilai 30 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) |
Friday, March 20, 2009
Syarikat Petrokimia Menilai Semula Pengembangan dan Mengurangkan Pengeluaran.
Posted by
Sang Pemantau
at
5:22 PM
Labels: buletin online, ekonomi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment