+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, June 5, 2008

Tarif elektrik naik mulai 1 Julai

Malaysiakini

Muda Mohd Noor | Jun 4, 08 7:40pm

Perdana menteri mengumumkan struktur tarif baru elektrik yang akan diguna pakai oleh semua pengguna domestik, komersial dan industri di Semenanjung.

Satu struktur tarif baru akan diumumkan tidak lama lagi bagi Sabah dan Sarawak.

Berkuatkuasa 1 Julai ini, pengguna bawah 200 kwj (kilowat-jam) setiap bulan dengan anggaran bil elektrik kurang RM43.60 akan
membayar kadar seperti sekarang selagi mereka kekal jumlah penggunaan.

Kumpulan pengguna ini terdiri 59 peratus isi rumah di Semenanjung.

new electricity tariffs 040608 bm versionManakala mereka yang menggunakan lebih daripada 200 kilometer, perlu membayar tambahan hampir 20 peratus lagi (lihat jadual).

Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan mengumumkan struktur baru harga itu dalam satu sidang akhbar jam 12 tengahari esok.

Bercakap dalam satu sidang akhbar petang tadi, Abdullah berkata, bagi jumlah penggunaan antara 0 hingga 400 kwj sebulan (kediaman) - kadar tarif bagi 200 kwj pertama sebulan ialah 21.8 sen satu kwj; 201 hingga 400 kwj berikutnya 34.5 sen satu kwj. Caj minimum bulanan RM3.

Bagi jumlah penggunaan lebih 400 kwj sebulan (kediaman), kadar tarif bagi 50 kwj pertama ialah 30 sen satu kwj; 501-600 kwj berikutnya 39 sen satu kwj; 601 -700 (40 sen), 701-800 (41 sen), 801-900 (43 sen) dan 901 kwj ke atas (46 sen). Caj minimum sebulan RM3.

Manakala pengguna komersial dan industri pula akan mengalami peningkatan tarif sebanyak 26 peratus. [Tarif lengkap di laman web Pejabat Perdana Menteri]

Bagaimanapun, pertimbangan dibuat kepada peruncit, pekedai dan pengusaha restoran kecil serta pengguna industri seperti perusahaan kampung yang penggunaannya tidak melebihi 200 kwj setiap bulan. Kenaikannya adalah 18 peratus.

Bagi kategori-kategori lain:

bullet buttonTarif B (tarif perdagangan voltan rendah) bagi jumlah penggunaan keseluruhan di antara 0 hingga 200 kwj sebulan, bagi semua kwj 38 sen. Caj minimum bulanan RM7.20.

Bagi penggunaan keseluruhan melebihi 200 kwj sebulan, 40.8 sen. Caj minimum sebulan RM7.20.

bullet button Tarif C1 - tarif perdagangan am, voltan sederhana, bagi setiap kilowat kehendak maksimum sebulan RM24.8. Bagi semua kwj 29.6 sen. Caj minimum bulanan RM600.

bullet button Tarif C2 - tarif perdagangan puncak/luar puncak voltan sederhana, bagi setiap kilowat kehendak maksimum sebulan dalam tempoh puncak RM36.60.

Bagi semua kwj dalam tempoh puncak 29.6 sen. Bagi semua kwj dalam tempoh luar puncak 18.2 sen. Caj minimum bulanan RM600.

bullet button Tarif D - tarif perindustrian voltan rendah - bagi jumlah penggunaan keseluruhan di antara 0 hingga 200 kwj sebulan, bagi semua kwj 34.2 sen.

Caj minimum bulanan RM7.20. Bagi jumlah penggunaan keseluruhan melebihi 200 kwj sebulan, 36.6 sen. Caj minimum bulnan RM7.20.

bullet button Tarif Ds - Tarif perindustrian khas - (untuk pengguna yang layak sahaja) 34.4 sen per kwj. Caj minumum RM7.20

bullet button Tarif E1 - tarif prindusrian am voltan sederhana bagi setiap kilowatt kehendak maksimum sebulan RM24.6 satu kilowatt bagi semua kwj 28 sen per kwj. Caj minimum bulanan RM600.

bullet button Tarif E1s - tarif perindustrian khas (untuk pengguna yang layak sahaja) bagi setiap kilowat kehendak maksimum sebulan RM19.1. Bagi semua kwj 27.2 sen. Caj minimum bulanan RM600.

TNB akan mengumumkan struktur baru tarif elektrik dalam satu sidang akhbar esok.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |