+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, June 5, 2008

Khalid pula kata dapat air percuma

Malaysiakini

Jun 5, 08 9:14pm

Isu pemberian 20 meter padu air percuma kepada penduduk Selangor seperti yang dijanjikan oleh kerajaan negeri dianggap selesai dan akan diteruskan, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

khalid ibrahim"Esok, selesailah dan saya rasa, Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor) akan memasukkannya dalam akaunnya," katanya kepada pemberita.

Beliau ketika diminta mengulas kenyataan Syabas hari ini bahawa perbincangan syarikat itu dengan kerajaan Selangor belum mencapai keputusan untuk membolehkan 20 meter padu air diberi percuma kepada pengguna di negeri itu.

Bermula 1 Jun, seramai 1.5 juta pengguna individu di Selangor akan menerima air percuma sebanyak 20 meter padu sebulan atau bersamaan RM11.40 sebagai memenuhi satu daripada janji dalam manifesto Pakatan Rakyat dalam kempen pilihanraya umum lalu.

Menurut laporan Bernama, Syabas dalam kenyataannya turut memaklumkan akan mengeluarkan bil air kepada pengguna di Selangor seperti biasa tanpa sebarang penurunan atau potongan subsidi sehingga ada arahan bertulis daripada kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

Mengulas perkara itu, Abdul Khalid berkata: "Ini adalah kerana terdapat persoalan mengenai siapa yang mengeluarkan arahan kepada Syabas memandangkan kita melakukan ini menerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB)."

KDEB merupakan anak syarikat milik Selangor yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan penyusunan semula industri air di negeri itu.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |