Kosmo
KUALA LUMPUR - Kabinet memutuskan untuk menyiarkan secara langsung sesi soal jawab di Parlimen pada setiap hari persidangan bermula 30 April ini.
Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, perkara itu telah dipersetujui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan jemaah menteri yang lain semasa mesyuarat kelmarin.
''Sesi soal jawab itu akan disiar selama 30 minit bermula pada 10 pagi setiap hari semasa persidangan.
''Kita menganggap kesediaan Kabinet untuk membenarkan siaran langsung menggambarkan betapa kerajaan sekarang lebih yakin, lebih terbuka dan lebih telus seperti yang kita janjikan kepada rakyat," katanya.
Program itu yang akan disiarkan di RTM 1 dan radio Klasik Nasional turut melibatkan sesi temu bual bersama anggota Parlimen, termasuk daripada parti pembangkang.
0 comments:
Post a Comment