+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, April 4, 2008

Kerajaan Kedah tubuh tabung pelajaran bantu keluarga miskin

Harakahdaily

Mohd Sabri Said

Thu | Apr 03, 08 | 5:19:49 pm MYT

SUNGAI PETANI, 3 April (Hrkh) - Kerajaan Negeri Kedah akan menubuhkan tabung pelajaran sebagai dana bantuan khas terutamanya keluarga yang berada di paras kemiskinan tegar, kata Exco Pendidikan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi Negeri Kedah, Abdullah Jusoh.

ImageBeliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penyerahan komputer riba kepada 80 pelajar Cosmopoint, Sungai Petani di Swiss Inn pagi tadi.

Jelasnya, kata sepakat penubuhan telah dibuat dalam mesyuarat Exco baru-baru ini namun Menteri Besar, Azizan Abdul Razak belum menamakan tabung itu dan di mana pelancaran akan dibuat.

Tabung itu kata beliau, begitu manafaat kepada pelajar kurang mampu untuk melanjutkan pelajaran ke mana-mana insitusi sama ada dalam atau luar negara.

"Penubuhan tabung sebagai dana pelajaran telah dipersetujui dalam mesyuarat Exco baru-baru ini. Ia adalah sumbangan kerajaan sekarang kepada mana-mana pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar atau dalam negara, " terang beliau.

Tabung ini akan berfungsi sebagaimana tabung yang diwujudkan oleh Kerajaan Kelantan beberapa tahun lalu.

Sumbangan dana ini akan diperolehi daripada individu yang menderma, anak-anak syarikat milik kerajaan negeri atau sebagainya.

"Tujuan utama ialah sebagai bantuan kepada pelajar yang belajar dalam bidang agama di luar atau dalam negara kerana sepanjang pengetahuannya golongan ini agak sukar memperolehi bantuan berbanding pelajar yang mengambil pelajaran lain, " jelasnya di hadapan para pelajar Cosmopoint.

Sementara itu, Pengurus Kolej Teknologi Cosmopoints Sungai Petani, Ahmad Fauzi Abdul Jalil dalam ucapannya menegaskan, pemberian komputer riba secara percuma kepada sesiapa yang mendaftar di Cosmopoint bermatlamat memperluaskan pengetahuan pelajar di samping memudahkan pelaksanaan sesuatu projek.

"Maka, gunakanlah untuk memperolehi maklumat dalam pengajian dan jangan sekali-kali menyalahgunakan untuk melayari halaman webs atau blog-blog yang tidak sesuai.

"Sila gunakan komputer riba yang diberikan dengan baik jangan sekali-kali disalahgunakan. Saya juga berpesan agar berhati-hati dan waspada menyimpannya kerana bentuknya yang menarik, saiznya yang kecil dan harganya yang mahal membuatkan ianya menjadi sasaran barangan kepada pencuri, " katanya.

Sebenarnya hasrat pihak Cosmopoint untuk menyediakan satu komputer riba bagi setiap pelajar yang mengikuti program Diploma atau ijazah di Kolej Univesiti di Kuala Lumpur bagi menyahut hasrat kerajaan untuk mengurangkan jurang penguatkuasaan ICT di antara penduduk luar bandar dengan penduduk bandar ataupun penduduk di Kedah dengan Kuala Lumpur.

Kataya, Cosmopoint Sungai Petani menawarkan enam kursus iaitu Diploma Rangkaian IT, Diploma Kejuruteraan Perisian, Diploma Multimedia, Diploma Grafik, Diploma E-Perniagaan dan Diploma E-Kesetiausahaan.

Turut hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pegawai Kanan Sains dan Matematik, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda / Yan, Encik Romlan Ahmad. - mks.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |