Malaysiakini |
Apr 7, 09 4:12pm |
Penyokong Umno didakwa cuba membaling botol dan kerusi ke arah penyokong PAS tetapi tidak terkena sasaran, sebaliknya objek itu didakwa tepat menuju anggota polis yang mengawal keadaan. Insiden itu terjadi di luar SMK Pengkalan Aur sekitar jam 11.30 pagi tadi susulan ejek-mengejek antara dua kumpulan penyokong parti tersebut, kata saksi-saksi yang berada di tempat kejadian. Ditemui Malaysiakini petang ini, saksi-saksi berkata polis kemudian mengejar penyokong Umno itu tetapi gagal menahannya. Selepas diberikan amaran oleh polis, satu das gas pemedih didakwa dilepaskan ke arah kumpulan penyokong Umno itu bagi menenangkan keadaan. Keadaan kembali normal selepas 10 minit kemudian. Bagaimanapun, asap gas tersebut juga merebak ke arah penyokong PAS yang berkumpul tidak jauh dari penyokong Umno yang masing-masing ghairah memenangkan calon mereka di Bukit Gantang. Seorang penyokong Umno mendakwa insiden buruk itu bermula daripada provokasi penyokong PAS yang masuk ke kawasan kumpulan BN untuk mencetuskan keadaan yang tidak diingini. Klip video selama lebih tiga minit - yang menggambarkan para penyokong PAS sedang mengalami keperitan akibat gas tersebut - kini telah dimuatnaik di laman perkongsian terkenal Youtube.com. Lihat klip video Ia boleh disaksikan di blog Anil Netto, seorang wartawan sambilan dan aktivis Aliran Kesedaran Negara (Aliran). Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun menyalahkan penyokong PAS yang memulakan kekecohan itu. Sementara naib presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula mempertikaikan klip video itu dengan mendakwa ia mungkin "boleh diambil gambar lama". Mengulas kejadian tersebut kepada wartawan, beliau berkata: "Tidak ada laporan rusuhan dilaporkan menyebabkan gas pemedih mata itu dlepaskan. Blog, itu biasa. Ditanya media tentang klip video insiden tersebut di Youtube.com, Ahmad Zahid berkata: "Itu boleh diambil (daripada) gambar lama." |
Tuesday, April 7, 2009
Penyokong baling botol, polis tembak gas pemedih mata
Posted by
Sang Pemantau
at
7:59 PM
Labels: malaysiakini, PRK, UMNO haprak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment