Harakahdaily Roslan SMS Wed | Apr 09, 08 | 7:40:24 am MYT | |
Seorang rakan memaklumkan saya berkenaan suatu artikel dalam KL Pos berkenaan kenalan saya Sang Kelembai atau Zaharin Md Yasin.Kata beliau blogger Sang Kelembai telah konar baring di Kota Kinabalu. Dalam keadaan percaya tak percaya saya segera melayari KL Pos. Kemudian saya baru teringat yang MSO juga berada di Kota Kinabalu, untuk membuat liputan kunjungan Dolah ke sana. Apabila melayari Merah Tinta MSO, saya lihat sendiri 3 gambar yang dipost oleh MSO menunjukkan aksi Sang Kelembai bersama Dollah ( 1 darinya saya turunkan di sini). MSO turut merakamkan apa yang diucapkan oleh Sang Kelembai semasa mengucup tangan Dollah di Lapangan Terbang KK itu: Pak Lah saya akan berama Pak Lah di saat Pak Lah diserang. Pak Lah kita berkawan. Pak Lah teruskan perjuangan! Saya tetap bersama Pak Lah. Saya berjanji! Bila saya amat-amati gambar-gambar MSO itu, kalau tidak silap baju batik yang Sang Kelembai gunakan adalah baju yang sama ketika berceramah dengan saya atas pentas PAS sebelum PRU 12 lalu. Ketika itu Sang Kelembai bukan hanya memaki hamun Dollah malah habis suku sakat dan keturunan Dollah dimaki hamun dan disumpah serapah. Mujurlah nama sahaja Sang Kelembai tetapi kuasa Sang Kelembai itu tidak diwarisinya jika tidak entah-entah yang disumpah serapahnya danh pun bertukar menjadi batu! Saya segera pergi pula ke laman blognya, ternyata beliau belum sempat meng "update" blognya yang sarat dengan serangan peribadi terhadap Dollah dan dinastinya. Satu artikel yang masih tersangkut diblognya bertajuk: Dari bodoh ke nyanyuk; yang menceritakan darihal krisis MB di Terengganu. Di kaki artikelnya dicatatkan ulasannya: Maka ramai-ramailah kita tengok siapa yang sanggup mati kerana Idris Jusuh dan sejauh mana Partrick Badawi sanggup taja semua perbelanjaan. Kesimpulan semua wakil rakyat Terengganu itu yang dah macam anjing kepada Partick Lim dan Wan Farid bila agaknya nak menggigit kaki Idris Jusoh. Itulah Sang Kelembai yang saya kenal, rupanya Abang Zaharin akhirnya keletihan dan kini memilih untuk kembali mengucup dan mencium Dollah yang beliau popularkan sebagai Abdullah Hj Ahmad (kata beliau mana ada Badawi dalam IC nya) itu. Lalu apa lagi nak dikata. Selamat jalan Abang, semoga Abang berjaya dalam bahtera "titanic" (artikel terakhir beliau bertajuk Umno dan "titanic" nya) Abang itu. Senang-senang boleh kita minum teh tarik, nak dengar cerita baru Abang. - n32.blogspot.com |
Wednesday, April 9, 2008
Semoga Sang Kelembai mampu menyelamatkan Umno
Posted by
Sang Pemantau
at
11:26 PM
Labels: bloggers haprak, Harakahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment