+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, April 9, 2008

Pengamal media perlu lebih terbuka bantu Pakatan Rakyat

Harakahdaily

Mohd Sabri Said

Tue | Apr 08, 08 | 10:38:58 am MYT

TASEK GELUGOR, 8 April (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan para pengamal media negara ini supaya tidak memutarbelitkan kenyataan kepimpinan Pakatan Rakyat sebaliknya membantu merealisasikan sebagai sebuah pakatan baru untuk memimpin negara ini ke arah lebih telus, efisen dan cemerlang.

ImagePakatan ini juga akan mengantikan Barisan Nasional (BN) yang sudah rapuh serta reput seperti dimakan anai-anai.

"Para pengamal media di negara ini disaran lebih terbuka untuk membantu Pakatan Rakyat merealisasikan sebagai pengganti BN yang sudah reput dari dalam macam kayu dimakan anai-anai, " jelasnya ketika berucap dalam majlis 'Pidato Perdana' anjuran PAS Pulau Pinang bertempat di Dewan Besar Sungai Dua semalam.

Sejak mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya umum pada 8 Mac lalu BN dilihat tidak mampu lagi mentadbir negara ini ekoran kemelut dalaman parti dan tidak konsisten barisan kabinet yang diinginkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi apabila ada kalangan yang dilantik bertindak meletakkan jawatan yang diamanahkan kepada mereka.

Natijahnya kata beliau, barisan kabinet yang wujud merupakan kabinet rapuh dan boleh tumbang bila-bila masa sekaligus memberi peluang Pakatan Rakyat muncul memerintah negara.

"Pakatan Rakyat mahukan keutuhan jalinan antara parti yang menganggotainya agar negara ini dapat diselamatkan daripada cemuhan rakyat dan pandangan negara luar yang selama ini beranggapan Malaysia bersih daripada anasir korupsi," tambahnya di hadapan ribuan hadirin.

Kata beliau, PAS khususnya akan lebih berhati-hati dalam Pakatan Rakyat kerana tidak mahu pengalaman lalu berulang yang akhirnya BN ketawa besar kerana dapat memerintah dengan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum ke-11.

ImageBegitu juga rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat seperti Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) diharap dapat memupuk jalinan yang padu kerana kesepakatan BN sehingga kini masih tidak berupaya mencari titik pertemuan punca sebenar kekalahan mereka.

"Umno dalam BN sering menyalahkan parti lain. Terbaru Umno sedang rancak cari orang yang berpaling tadah atau gunting dalam lipatan. Buatlah formula apapun seperti memohon veteran Umno bersatu memastikan Umno seimbang kembali ia tidak akan berjaya kerana rakyat benar-benar menggunakan kuasa yang ada menghukum kerajaan yang zalim dan membiarkan rasuah berleluasa, " terangnya yang juga Ahli Parlimen Marang, Terengganu.

Jelas Abdul Hadi lagi, jika Umno mahu selamat mereka perlu buat perubahan drastik iaitu menghapuskan sistem kroni, rasuah politik, memulihkan sistem kehakiman, kepolisan, membebaskan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) dan menghapuskan Akta Univesiti (Auku) atau mesin cetak untuk kelonggaran akhbar menyampaikan maklumat sebenar.

Sebelum itu dalam program yang sama Abdul Hadi menerima 200 borang keahlian PAS yang baru daripada PAS Kawasan Tanjung dan Cawangan Permatang Kerai Besar, Tasek Gelugor.

Berceramah sama dalam program itu ialah Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu; Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Haji Malek Kasim; Timbalan Ketua Menteri 1, Mohd Fairuz Khairudin dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. - mks.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |