+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, April 9, 2008

MB Selangor : Ternak babi bersih, selamat

Malaysiakini

Apr 8, 08 6:39pm

Projek moden penternakan babi di Selangor dijalankan secara bersih, selamat dan memenuhi piawaian kualiti alam sekitar, kata menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.

"Sebarang bahan buangan dari ladang tersebut akan diguna semula dalam bentuk biogas untuk menjanakan elektrik, air untuk pembersihan ladang serta penanaman makanan untuk babi yang diternak," katanya, mengulas kebimbangan orang ramai berhubung projek berjumlah RM100 juta di Kuala Langat.

"Justeru, tiada bahan buangan yang akan menjadi sisa dan keluar dari kawasan ladang tersebut."

Menurutnya lagi, projek tersebut telah diluluskan oleh pentadbiran BN bawah kepemimpin Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pada 30 Januari, kira-kira sebulan sebelum pilihanraya umum lalu.

pig farming 080408Kerajaan baru Selangor bawah Pakatan Rakyat, kata Abdul Khalid lagi dalam satu kenyataan, meneruskan projek memandangkan kawasan Ladang Tumbuk telah menjadi tapak ladang utama penternakan babi utama di negeri.

"Ia memenuhi piawaian kualiti yang tinggi selaras dengan kehendak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan kerajaan negeri Selangor," tambahnya.

Apabila wujud projek ini, kata Abdul Khalid lagi, tiada ladang-ladang baru khinzir akan diluluskan di Selangor dan semua ladang babi di luar kawasan ini diarahkan memindahkan operasi mereka ke projek tersebut.

Kajian terperinci

"(Langkah) ini sejajar dengan dasar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani agar sebarang usaha penternakan babi dilakukan di satu tempat untuk memudahkan kawalan dan penyeliaan bagi pihak berkuasa.

"Kerajaan Negeri juga berhasrat memperkenalkan dasar ‘one stop’ yang sama bagi penternakan (haiwan) yang lain bagi menjadikan industri penternakan lebih cekap dan dapat diteruskan di sebalik kemajuan pesat Selangor," katanya.

Dr Mohd Khir hari ini dilaporkan mengingatkan kerajaan negeri agar membuat kajian terperinci termasuk mengehadkan ternakan babi mengikut keperluan supaya ia tidak menimbulkan masalah kepada rakyat.

moden pig farming 080408Katanya, kerajaan BN bawah pimpinannya pernah membincangkan projek itu dengan syarikat swasta tempatan tetapi pihaknya menetapkan projek berkenaan tidak akan melibatkan peruntukan kerajaan negeri.

Beliau, tambah laporan Utusan Malaysia lagi, turut menggariskan panduan agar pengeluaran ternakan hanya untuk keperluan penduduk Selangor sahaja iaitu sekitar 250,000 ekor.

Akhbar yang sama melaporkan penduduk Selangor terkejut dan membantah projek tersebut, selain beberapa persatuan pengguna menggesa ia dibatalkan.

Seorang ahli parlimen BN, Datuk Ir Mohamed Zin Mohamed, mendakwa kerajaan campuran PKR, DAP dan PAS "tidak sensitif kepentingan Melayu."

Abdul Khalid menjawab, melalui kelulusan projek itu, Selangor berhasrat menyelesaikan masalah perniagaan, sosial dan budaya masyarakat pelbagai kaum dengan mengambil kira keharmonian hidup pelbagai kaum.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |