+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, August 7, 2008

Doktor Pusrawi periksa Saiful tidak pulang bertugas sejak Isnin

Mstar Online

06-08-2008 09:44:06 PM
Oleh NURUL AIN HUSSAIN

KUALA LUMPUR: Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid, pegawai perubatan Pusrawi yang pertama memeriksa bekas pembantu khas Datuk Seri Anwar Ibrahin, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tidak melaporkan diri kembali untuk kerja, kelmarin.


Malah pengurusan hospital juga tidak dapat menghubungi doktor berkenaan.

Pengarah Perubatan Pusrawi, Dr. Kamaruddin Ahmad berkata, Dr. Mohamed Osman sepatutnya kembali bertugas kelmarin.


“Saya rasa dia takut untuk kembali bertugas,” kata beliau dalam nada bergurau kepada mStar Online hari ini.


Dr. Mohamed Osman sepatutnya bercuti selama dua minggu sehingga kelmarin.

Ketika ditanya mengenai tindakan yang akan diambil pihaknya, Dr. Kamaruddin memberitahu, Pusrawi perlu bercakap dengannya terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat.


Dr. Mohamed Osman, rakyat Myanmar, telah menggemparkan negara apabila tersebarnya laporan perubatan beliau ke atas Mohd Saiful, yang mencatatkan tiada kesan dia diliwat seperti yang didakwa oleh mangsa pada 26 Jun lalu.


Laporan perubatan itu disiarkan oleh laman web Malaysia Today pada 29 Julai lalu.


Bagaimanapun pada keesokan hari, Pusrawi menafikan hospital berkenaan pernah membuat pemeriksaan liwat ke atas Mohd. Saiful.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |