Harakahdaily | Foto Wan Zahari Wan Salleh Tue | Jul 01, 08 | 3:20:29 pm MYT | |
TERKINI SHAH ALAM, 1 Julai (Hrkh) - Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim baru selesai memberikan sidang akhbar di Ibu Pejabat Parti KeADILan sejurus keluar dari IPK Shah Alam jam 3.30 petang tadi. Sebelum itu, kira-kira jam 2.50 petang tadi, Anwar diringi peguamnya Sankara N Nair kelihatan memasuki perkarangan Ibu Pejabat Kontingen Polis (IPK) Shah Alam. Anwar tiba di IPK Shah Alam untuk membuat laporan polis terhadap Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berhubung salahlaku kedua-duanya dalam mengendalikan kesnya pada tahun 1998-1999 yang lalu. Wartawan Harakah dilokasi, Wan Nordin Wan Yaacob melaporkan, keadaan di IPK sekarang ini berada dalam kawalan yang amat ketat. Bagaimanapun laporan terhadap Gani dan Musa tidak ada kena mengena dengan dakwaan terbaru terhadap beliau. Sebelum ini Anwar menegaskan, beliau diperangkap dengan kes terbaru kerana pihak tertentu mengetahui bekas TPM itu akan membuat laporan polis terhadap AG dan IGP serta membuat pengumuman hasratnya untuk bertanding di sebuah kawasan pilihan raya. Selepas di IPK Anwar dijadualkan akan memberikan sidang akhbarnya di Ibu Pejabat KeADILan di Damansara, seterusnya berucap dala ceramah umum di Stadium Malawati Shah Alam malam ini. Bagaimanapun semua jadual beliau bergantung kepada suasana yang bakal berlaku di IPK Shah Alam. Berita lanjut menyusul- mr_ |
Tuesday, July 1, 2008
Anwar jumpa pemimpin PAS selepas buat laporan di IPK Shah Alam
Posted by
Sang Pemantau
at
11:14 PM
Labels: DSAI, Harakahdaily, PAS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment