+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, July 9, 2008

Protes 'serik' berdemo dalam stadium

Malaysiakini

Jimadie Shah Othman | Jul 9, 08 11:08am

Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) sudah "serik" mengadakan perhimpunan di tempat tertutup, khususnya di stadium kerana ia kurang mendapat sambutan.

'Perhimpunan Sejuta Rakyat' sempena membantah kenaikan harga bahan api anjurannya Ahad lalu yang berlangsung di Stadium Kelana Jaya hanya dihadiri oleh kira-kira 10,000 orang pada sebelah siangnya.

Manakala acara kemuncak berupa ucapan tokoh-tokoh Pakatan Rakyat, terutama ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dihadiri oleh kira-kira 25,000 orang.

protes fuel price hike rally mppj stadium 070708 43Pada mulanya dijadual diadakan di KLCC tetapi kemudiannya dipindah ke Padang Timur, Petaling Jaya.

Tarikhnya pula diubah dari 5 ke 6 Julai.

Bagaimanapun, tempat perhimpunan itu ditukar pada saat-saat akhir ke stadium tersebut. Perubahan itu dibuat atas keputusan pimpinan Pakatan Rakyat dan kerajaan negeri Selangor.

Dalam mesyuarat Protes lewat petang semalam bagi menilai program tersebut, pelbagai perkara, termasuk faktor sambutan itu, serta insiden yang membabitkan kumpulan pemuzik jemputan, telah dibincang secara panjang lebar.

Ambil pengajaran

Ahli jawatankuasa Protes, S Arutchelvan memberitahu Malaysiakini bahawa gabungan parti pembangkang dan badan bukan kerajaan itu memutuskan tidak akan mengadakan lagi sebarang perhimpunan di tempat tertutup, seperti stadium.

Katanya, tempat seumpama itu tidak sesuai untuk mengadakan perhimpunan bantahan seperti yang terbukti hujung minggu lalu apabila kehadiran orang ramai kurang daripada sasaran.

Mengenai insiden membabit kumpulan pemuzik punk rock Carburetor Dung pula, Arutchelvan berkata, pihaknya kesal dengan insiden kekecohan itu dan mengambil pengajaran daripada apa yang telah berlaku.

Bagaimanapun, beliau menganggap ia hanyalah satu insiden kecil yang tidak mengganggu keseluruhan program tersebut.

2 comments:

Unknown said...

Alasan tersebut tidak munasabah.
Jumlah orang yang datng ke perhimpunan tersebut bukannya dipengaruhi oleh lokasi perhimpunan tersebut.
Mungkin rakyat Malaysia sudah menerima hakikat dan faham bahawa kenaikan harga minyak baru-baru ini bukannya disebabkan oleh kerajaan tidak memberi pertolongan atau kerajaan mahu 'mempokaikan' rakyat, tetapi kerana ianya tidak dapat dielakkan dan kerajaan telah membuat sedaya yang mampu untuk memberi subsidi.

Sang Pemantau said...

saudara nelson....

mungkin telahan saudara itu betul....
tapi, bagi saya rakyat takut nak sertai perhimpunan tu, sebab salah satunya diugut oleh pehak berkuasa...

bagi yang di luar Klang Valley, mereka malas nak menempuh puluhan road block yang dibuat oleh polis....
rakyat Malaysia menerima hakikat???
mungkin ye kot....bagi golongan yang malas nak berfikir....ataupun yang jenis pasrah....nak marah pun, kerajaan naikkan jgk ikut suka ati je.....:)

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |