Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, beliau telah melafazkan "demi Allah" tidak pernah jumpa Altantuya dan menyifatkan itu adalah pengakuan terbuka bagi menjawab segala fitnah ke atas dirinya. ---------------------------- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak gentar atau takut untuk menghadapi fitnah terhadap dirinya kerana yakin kebenaran akan terbukti kelak.
Beliau kata demikian kepada Agendadaily di bangunan Parlimen ketika ditanya desakan beberapa pihak agar beliau bersumpah bagi menjawab segala fitnah ke atas dirinya.
Najib menjadi sasaran fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang dengan mengaitkannya dengan kes pembunuhan Altantuya. Malah bukan Najib sahaja yang difitnah tetapi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor turut dikaitkan kes berkenaan.- 8/7/2008
Allah akan tentukan kebenarannya - Najib
Timbalan Perdana Menteri berkata hanya Allah yang akan menentukan kebenarannya kelak terhadap segala fitnah yang dilemparkan kepadanya.
"Allah yang akan menentukan yang benar, Allah yang akan membalas di Akhirat, silap-silap di dunia pun dah dapat balasannya nanti," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan Berkelompok Tahunan Umno bahagian Pekan , Sabtu.
"Saya tidak gentar, tidak takut untuk hadapi fitnah, kebenaran akan terbukti, saya dan isteri (Datin Seri Rosmah Mansor) akan hadapi segala-galanya dan yakin kebenaran akan timbul," katanya.
"Sejarah sendiri akan menilai atau menghukum apa yang kita buat (jika kita bersalah)," katanya.
Bernama melaporkan Kenyataan beliau dipercayai merujuk kepada laporan mengenai kes pembunuhan wanita
Kepada Umno anggota bahagian Pekan, Najib secara berseloroh berkata: "Janganlah buat saya rungsing hati dan kepala untuk serabut fikir hal di (bahagian Umno) Pekan. Dah banyak cabaran sehari dua ini, jangan ada kerenah pula di Pekan ini," kata Najib sambil tersenyum.
Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan turut berharap mesyuarat Umno peringkat cawangan bahagian itu pada Julai ini akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
"Kita bawalah nilai baru, semangat baru, terus berjuang dengan semangat baru dan jadiakan Umno parti yang segar, dinamik, anggun dan menarik kepada masyarakat," katanya.
Sebanyak 139 cawangan Umno di Pekan akan mula bermesyuarat pada 17 Julai ini dan bahagian Pekan merupakan bahagian Umno paling ramai keanggotaannya di Pahang iaitu seramai 32,087 ahli.
Najib berkata kemenangan besar Parlimen Pekan pada pilihan raya umum lepas perlu dipertahankan bagi memastikan Pekan dan Pahang terus menjadi kubu kuat Barisan Nasional.
Sementara itu Timbalan Ketua Umno bahagaian Pekan Datuk Ishak Muhamad berkata Umno Pekan akan terus berdiri teguh di bawah kepimpinan Najib bagi menghadapi sebarang fitnah yang dilemparkan pihak pembangkang terhadapnya.- 5/7/2008
Wednesday, July 9, 2008
Saya dah lafaz demi Allah tak pernah jumpa Altantuya - Najib
Posted by
Sang Pemantau
at
11:58 PM
Labels: agenda daily, Altantuya, najib razak, sumpah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Assalamualaikum,
DS Najib sudah melafazkan akuan sumpahnya demi Allah beliau tidak pernah berjumpa dengan Altantuya.
Beliau juga berkata beliau difitnah bersama dengan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor terhadap kes tersebut.
Dengan ini kita perlu tunggu dan lihatlah adakah bukti-bukti yang dipamerkan adalah bertentangan dengan pernyataan mereka ataupun tidak.
sumpah2 ini bukan boleh bawak main. Katanya itu juga, DSAI tak mahu sumpah2... Kalau berani kerana benar, apa nak ditakutkan. Tapi kalau sumpah dibawak main, tanggung lah apa yang jadi selpas itu, wallahualam
Tindakan Najib adalah yang sepatutnya dalam keadaan sekarang. Beliau tertekan dengan fitnah yang dilemparkan pada beliau dan isterinya. Sementara polis buat siasatan terhadap kes ini, beliau dengan berani dan yakin,telah bersumpah dengan nama ALLAH yang beliau tidak pernah berjumpa Altantuya..Sekarang terserah kepada Allah Taala, Najib berada di pihak yang benar atau tidak.
saudara semua,
saya amat bersetuju bahawa bersumpah dgn nama Allah tidak adalah tidak elok untuk diamalkan selalu.
Bagi saya, orang yang terlampau jahat takkan takut untuk mempermainkan etika bersumpah kerana mereka tak takut dengan musibah yang akan datang dari Allah.....
Dalam kes Najib dan Anwar, kita lihat sejauh mana kebenarannya....
Wallahualam.....
Post a Comment