+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, July 9, 2008

Apakah taktik serangan Iran?

Kosmo Online


GAMBAR fail ini menunjukkan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad (tengah) melawat sebuah pusat kemudahan pengayaan uranium di Natanz, Iran.


TEHERAN – Iran akan menyerang bandar raya Tel Aviv, kapal Amerika Syarikat (AS) di rantau Teluk dan kepentingan Amerika jika diserang berhubung isu nuklear, kata seorang pembantu Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei semalam.

Spekulasi meningkat bahawa Iran bakal diserang berhubung isu itu selepas satu laporan menyatakan Israel sudah melakukan latihan untuk melakukan satu serangan.

Terdapat beberapa taktik yang mungkin digunakan Iran seperti melakukan serangan hendap di rantau Teluk.

Beberapa pakar menyatakan Pasukan Pengawal Revolusi Iran kini dalam proses untuk melakukan taktik seumpama itu yang kerap melibatkan bol-bot laju dilengkapi sebuah peluru berpandu.

Ketika perang antara Irandan Iraq pada 1980-an, pihak tentera Iran melakukan serangan hendap ke atas kapal tangki dan lain-lain kapal di rantau Teluk.

Pada masa lalu, pasukan Pengawal Revolusi Iran memberi amaran bahawa anggota-anggota sukarelawannya yang mahu menjadi syahid mungkin mencetuskan kemusnahan di Selat Hormuz.

Tentera Iran menyatakan, ia mempunyai peluru berpandu yang mampu memusnahkan kapal perang besar dan lain-lain dengan jarak sasaran di rantau Teluk termasuk pangkalan tentera AS di Qatar serta Bahrain.

Peluru berpandu jarak jauh Iran, Shahab 3 mampu tiba di wilayah Israel.

Washington menuduh Iran menyokong pejuang-pejuang di Iraq tetapi dinafikan oleh Teheran.

Para diplomat Barat berkata, Iran mungkin membenarkan senjata dibawa keluar dari sempadannya ke Iraq dan mencetuskan masalah tambahan kepada AS.

Ketua Komander Pasukan Pengawal Revolusi, Mohammad Ali Jafari berkata dalam sebuah akhbar pada Jun lalu, rakan-rakan Iran seperti Hezbollah mampu menyerang Israel jika Iran diserang.

– Reuters

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |