Malaysiakini |
Rahmah Ghazali | Jul 9, 08 1:15pm |
Datuk Bung Mokhtar (BN-Kinabatangan) hari ini mengaku membuat isyarat tangan yang dianggap lucah di Dewan Rakyat sewaktu bertikam lidah dengan ahli Parlimen Pakatan Rakyat semalam. "Ya, memang saya buat tetapi bukan itu maksudnya. Setiap orang ada persepsi sendiri dan ia bukan biadap dan bukan apa yang orang fikirkan," kata ahli Parlimen Kinabatangan itu ketika ditemui di lobi Parlimen. Gelagat beliau itu ditayang di RTM1 sewaktu siaran langsung sesi soal jawab tetapi mereka di dewan tidak perasaan kerana kamera di situ tidak memfokus ke arahnya. Semalam, beliau menafikan membuat isyarat lucah tangan yang dianggap lucah itu. Beliau sebaliknya berkata, ia merupakan pergerakan tapak tangan memukul tangan yang digenggam. Bung Mokhtar juga mengulangi hari bahawa beliau marah dengan beberapa ahli Parlimen Pakatan yang memanggilnya 'bodoh' dan secara spontan berbuat demikian. "Saya jadi marah (dengan mereka). Dan saya pukul tangan saya macam ini (memukul tangannya ke belakang tangan yang lagi satu). Ada apa salahnya?". |
Wednesday, July 9, 2008
Bung Mokhtar: Ya, memang saya buat, tapi...
Posted by
Sang Pemantau
at
3:46 PM
Labels: malaysiakini, parlimen, pemimpin haprak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Para menteri yang bersidang di parliment sering kali menggunakan bahasa ataupun body language yang kasar. Mungkin mereka ingin mewujudkan suasana yang tidak terlalu formal, tetapi sedikit sebanyak ia mencerminkan betapa kasarnya cara menteri kita berbincang.
Since they are the menteri-s, they should realize that despite from what party or ideology that they bring in into the room, their manners should never be checked out when entering the building.
Is it so hard to carry out a decent dicussion among menteri-s.
saya pun tak setuju tgk ahli parlimen kita berdebat secara tak rasional....tapi, maybe there's one of the strategy to attract rakyat to them...diorang ni kena master dulu pendidikan akhlak n moral b4 entering parliament...
Post a Comment