+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, July 12, 2008

Ketua Pengarah kena tuduh rasuah direman

Berita Harian

Oleh Wan Hazmir Bakar dan Azrina Ahzan
bhnews@bharian.com.my

DISOAL SIASAT: Pegawai Kanan Imigresen bergelar Datuk keluar dari Mahkamah Majistret Kajang, di Putrajaya, semalam.

Tiga Datuk antara tujuh ditahan BPR kes visa pekerja asing

PUTRAJAYA: Seorang Ketua Pengarah ditahan reman empat hari oleh Mahkamah Majistret Kajang petang semalam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah bagi mempercepatkan kelulusan visa kepada pekerja asing.

Ketua jabatan bergelar ‘Datuk’ itu adalah antara tujuh individu berusia 35 hingga 64 tahun yang ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR), dalam satu operasi bermula Selasa lalu hingga malam kelmarin di sekitar Lembah Klang berhubung kes itu.

Dalam operasi itu, BPR turut menyita wang tunai hampir RM500,000 dan beberapa dokumen visa daripada individu terbabit. Enam yang lain, kebanyakan ahli perniagaan termasuk dua bergelar ‘Datuk’ kini ditahan reman antara empat hingga lima hari bagi membantu siasatan.

Pengarah Bahagian Siasatan BPR, Datuk Mohd Shukri Abdull, berkata operasi itu dijalankan selepas menerima maklumat orang ramai mengenai kegiatan rasuah bagi urusan kemasukan pekerja asing ke negara ini.

“Satu operasi dibuat bermula Selasa lalu sehingga semalam (Khamis) dan BPR sudah menahan tujuh individu termasuk seorang ketua jabatan kerajaan. Kita juga sudah mengenal pasti syarikat dan individu lain yang terbabit bagi urusan mendapatkan pekerja asing itu.

“Saya minta mereka yang terbabit tampil untuk melaporkan kepada BPR,” katanya dalam sidang media khas di Ibu Pejabat BPR di sini, petang semalam.

Terdahulu, di Istana Kehakiman di sini, ketua pengarah itu, yang berkemeja putih berpetak lengan panjang dan seluar biru gelap, tiba kira-kira jam 3 petang diiringi enam pegawai BPR menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna hitam, sebelum beredar setengah jam kemudian.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 55 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mazuliana Abdul Rashid.

Mengikut kertas siasatan, beliau ditahan di kediamannya di Damansara, Kuala Lumpur pada jam 10.20 malam kelmarin.

Difahamkan, BPR menerima aduan daripada seorang individu pada 1 Julai lalu mendakwa seorang ejen pekerja asing meminta bayaran RM350 bagi setiap pekerja asing yang dibawa masuk ke negara ini, sebagai ganjaran kepada pegawai imigresen bagi menyegerakan kelulusan visa.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 11 (A) Akta Pencegahan Rasuah (BPR) 1997, iaitu menerima suapan dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Mohd Shukri ketika diminta memberi butiran lanjut berhubung ketua jabatan itu berkata: “Saya tak kata Ketua Pengarah, saya kata Ketua Jabatan... wang RM500,000 (yang dirampas itu) daripada semua tujuh individu, saya tak fokus pada individu.”

Beliau juga enggan menyatakan sektor pekerjaan pemegang visa berkenaan tetapi mengesahkan mereka tidak ditahan untuk siasatan. Bagaimanapun, wujud laporan mendakwa ada antara pemegang visa itu terbabit dalam aktiviti pelacuran.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |