+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, July 12, 2008

Kerjasama PAS Umno lagi

penarikbeca

Ada kawan hantar pesanan ringkas mengenai apa pandangan saya terhadap luahan rasa hati Tok Guru Presiden dalam temubual yang disiarkan Harakah keluaran terbaru (Lihat Malaysiakini 11/7/08 "Hadi: Apa perlu mainkan isu Altantuya?") Kepada saya, kalau Tok Guru tak puas hati, dia berhak. Tok Guru tu orang, bukan plastik. Kalau patung plastik, sepak tendang pun dia tak gaduh.

Tapi dalam hati, saya teringat apa yang saya baca zaman sekolah rendah atau sekolah menengah dulu. Tak ingat dah majalah mana. Mungkin majalah Dian atau Readers Digest. Masa tu, abang saudara saya banyak beli majalah-majalah tu. Saya tumpang belek.

Penulis tu kata, kalau kita bermasalah dengan persekitaran kita, kita jangan harap sangat persekitaran kita akan berubah untuk accomodate kita. Kitalah yang kena berubah. Kalau kena gaya, perubahan kita akan membantu merubah persekitaran kita.

"You cant change the world, but you can change your heart". Begitulah lebih kurang kata-kata itu. Satu lagi kata-kata yang saya baca zaman sekolah dulu yang saya tak lupa sampai sekarang ialah "aim the star, at least you'll hit the coconut tree". Saya nak kata, "you'll only hit the coconut tree if you change your heart!"

Kepada saya, orang tak akan buat tak ketahuan kat kita kalau kita tak bagi peluang. Kita tak boleh paksa orang hormat kat kita. Hormat orang datang sendiri kalau kita kena gaya.

Macam saya la, kalau saya tak lapor apa yang orang tak nak dengar atau tak suka dengar, orang tak akan kata saya kaki fitnah. Saya tak heran sangat apa orang kata. Selalunya, perkembangan selepas itu mengesahkannya. Kalau saya tulis tak betul, saya mohon maaf macam di sini. Yang saya tak tahan sangat ialah witch hunting - siapa bocorkan "rahsia parti" kepada bakaq. Memang rahsialah, buat kerja dalam gelap tanpa keputusan mesyuarat.

Kita kena tanam dalam hati kita, orang tak akan perlakukan PAS seperti parti M Kayveas, PPP, di dalam Barisan Nasional (BN) kalau kita tak bagi peluang kepada orang lain melakukannya.

Orang boleh desak Haji Ir Mohamad Nizar Jamaluddin masuk PKR dulu sebelum dia diterima jadi Menteri Besar Perak, kononnya supaya DAP boleh terima. Orang boleh kata "PAS doesnt exist in Penang". Orang boleh kata ceramah dia lagi ramai orang datang dari "ceramah Hadi Awang". Orang boleh kata apa pun. Orang boleh telunjuk lurus kelinking berkait. Tetapi, kalau kita tak bagi peluang orang perlakukan kita seperti PPP di dalam BN, orang tak akan boleh buat gitu.

Ada juga kawan-kawan dari Umno yang kata, baik PAS kerjasama dengan Umnolah! Katalah PAS setuju kerjasama dengan Umno, apa jaminan Umno tak akan buat PAS seperti anjing kepala buruk seperti yang berlaku menjelang pengusiran PAS dari BN pada tahun 1978 dahulu?

Kepada saya, kerjasama terbaik PAS dan Umno ialah seperti yang saya tulis dalam posting bertajuk "Umno itu kafir ka, bakaq?!"

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |