+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, July 12, 2008

Mesyuarat tergempar

Matsamankati

Bila baca temuramah Hj. Hadi, komen Nik Abduh, peraduan cari benda tersembunyi Bakaq, aku rasa keadaan semakin hot.

Ingatkan hari tu dah OK dah, rupanya Hj. Hadi masih menyimpan dendam. Bila rancangan Program Ikhwan diLondon gagal, dia buat kenyataan. "Tidak ada perundingan dengan Umno, dan ini semua fitnah." Ustaz Nasha pun nak ambil tindakan terhadap webmasters dan blogger yang buat fitnah ini! Last-last, baru mengaku, memang benar depa ada jumpa Umno. Cakap la siang-siang, pasai apa nak main sembunyi?

Apa beza antara Hadi dengan Anwar? Anwar buat terang-terang, nak tarik YB BN masuk Pakatan Rakyat supaya PR take over kerajaan. Hadi buat diam-diam, nak join Umno, lingkupkan PR. Itu saja beza nya.

Banyak orang kata, kenyataan Hadi dibuat sebab dah tak tahan dengan kerenah PKR dan DAP. Boleh labun la. Dah lama dah Hadi dan Nasha tak join program PR. Sejak program 5 MB diPerak dulu lagi, Hadi tak mau hadir dalam program PR. Dah lama dah dia tak minat dengan PR dan hanya menunggu isu-isu yang boleh digunakan untuk menegakkan apa yang dihajatinya. Bukan aku nak salahkan Hadi Awang, sebab sapa-sapa pun boleh merancang, tapi apa yang berlaku ialah takdir yang telah ditentukan. Sebahagian dari evolusi yang tak dapat dielakkan. Kalau Tuhan kata nak berpecah, maka berpecahlah ia. Isu-isu hanya menjadi penyebab.

Mampuih pi la. Aku pun tak minat, hangpa nak join Umno ka, nak join Najib ka, itu hangpa punya pasai. Sebelum menang dulu, hangpa minta undi untuk menang. La ni dah menang sikit pun hangpa tak tau macam mana nak uruskan kemenangan. Lebih baik kalah sebab hangpa tak layak jadi pemimpin.

Aku lebih minat dengan peraduan mencari benda tersembunyi anjuran Bakaq. Dan semalam aku mengadakan mesyuarat tergempar dengan Pak Nawi, untuk mencari benda tersembunyi. Sehari suntuk aku duduk dengan Pak Nawi, mentelaah kitab Tajul Muluk, nak tau apakah yang tersembunyi. Rupanya, lebih susah daripada nak cari Bala. Bukan pasai apa, Pak Nawi minta macam-macam. Last last, dia suruh aku buat homework, cari sendiri. Dia cuma bagi petua.

Agenda utama mesyuarat tergempar aku dengan Pak Nawi ialah untuk mengetahui, apa akan terjadi pada PR? Pak Nawi jawab, "tak boleh tahan lama!". Agenda kedua, macam mana dengan BN?. Pak Nawi jawab, "masih boleh bertahan!" Agenda ketiga, sapa bakal menggantikan Pak Lah?, Pak Nawi jawab, "Najib!". Puuui! Tak gila ka?

Posting kali ini, aku cuma cakap pasai agenda pertama. Tapi aku tak mau kongsi pendapat Pak Nawi saja! Aku nak hangpa tolong kira sama.

Pak Nawi pakai kitab Tajul Muluk. Ni kitab lama orang Melayu tapi telah difatwakan oleh Persatuan Ulama Malaysia, sebagai, "baca boleh tapi jangan percaya." Kali terakhir Pak Nawi buat study tentang kitab Tajul Muluk ialah sebelum pembinaan Istana Seri Menanti, kat Negeri Sembilan. Istana tu tak pakai Feng Shui, tapi pakai kitab Tajul Muluk.

Ini kunci utama dia.

1 A J S
2 B K T
3 C L U
4 D M V
5 E N W
6 F O X
7 G P Y
8 H Q Z
9 I R

Pertama sekali, semua huruf huruf mesti ditukar menjadi nombor.Kemudian campur nombor-nombor itu sehingga ia menjadi satu nombor. Contoh: ANWAR : 15519 = 1+5+5+1+9 = 21. 2+1=3.

Nombor peribadi Anwar ialah 3.

Kemudian, kita tengok nombor-nombor parti-parti politik yang ada.

UMNO: 3456 = 18 = 9
PAS: 711 = 9
PKR: 729 = 18 = 9
DAP: 417 = 12 = 3
MCA: 431 = 7
MIC: 493 = 16 = 7
GERAKAN: 7591215 = 30 = 3

"Kamu tengok Mat. Pertembungan antara parti ini bukan disebabkan oleh prinsip atau kepimpinan, tapi pasai takdir. Tu pasai, orang dulu-dulu, sebelum bagi nama pada anak-anak, dia pergi jumpa Tok Halaq, orang India pun dia pi jumpa sami, tengok sama ada nama tu sesuai atau tidak. Kalau tak sesuai, dia bagi nama lain." jelas Pak Nawi.

"Umno, Pas dan PKR sampai mati pun tak boleh bersatu, sebab masing-masing nak tunjuk kuat. Dan depa ada kekuatan masing-masing, depa akan lawan sampai yang lain mati. Hang tengok, Umno, Pas dan PKR, masing-masing bernombor 9. Kalau dicampur ketiga-tiganya, jadi 27. 2+7=9. Tak boleh!

Tapi cuba kamu tengok BN, depa masih boleh tahan sebab Umno yang kontrol. Yang lain cuma ikut. Kalau Pas masuk BN, salah satu mesti out, kalau tidak, BN lingkup.

Tengok pulak BA, tahun 99, masa tu ada Pas, Keadilan (PKN) dan DAP. BA menang banyak masa tu. PKN masa tu, nombor dia ialah 725. 7+2+5=14. 1+4=5. PAS 9, PKN 5, DAP 3. Jadi, BA dah boleh kuat, walaupun masih belum boleh nak lawan BN.

Tahun 2003, PKN tukar jadi PKR. Nombor dia pun dah tukar jadi 9, sama macam Pas. Mana boleh dua-dua sama kuat. Kalau laki bini, gerenti bercerai! Tengok la, apa jadi tahun 2004?

Tapi tahun 2008, DAP masuk balik jadi geng tiga serangkai. DAP masuk sebab dia tahu, dia mesti untung kali ini. Pas 9, PKR 9, DAP 3. campurkan semua jadi 21. 2+1=3. Ini nombor DAP!
Itu pasai sekarang ni, DAP tak ada masalah, yang jadi masalah ialah Pas dan PKR!.

Kalau Pas nak keluar PR, tak jadi masalah. Memang baik. Itu lah yang sebaiknya" Kata Pak Nawi.

"Kalau Pas join dengan UMNO?" aku tanya.

"Serupa jugak. Lingkup! Tak percaya, kamu tengok masa Pas bergabung dengan Semangat 46. Berapa nombor Semangat 46?" Pak Nawi tanya kat aku.

15415712 46. 1+5+4+1+5+7+1+2+4+6=36. 3+6=9!!!!!! Patut la S46 dengan Pas tak boleh ngam!
"Habis, apa ketetapan agenda kita yang pertama ni, Pak Nawi?" aku tanya Pak Nawi.

"Tukar nama." jawab Pak Nawi. "PAS kena tukar jadi PIS. Baru betul, Parti Islam Semalaysia. 7+9+1=17. 1+7=8.

Ataupun, UMNO kena tukar jadi PEKEMBAR. 75254219.7+5+2+5+4+2+1+9= 35. 3+5=8.

PIS boleh kerjasama dengan UMNO tapi dia akan kena buli sebab nombor UMNO ialah 9.
Kalau PAS nak lead, dia kena minta Umno tukar nama kepada PEKEMBAR. PAS 9, PEKEMBAR 8.

PIS juga boleh bekerjasama dengan PKR, tapi PKR kena lead.Sebab PKR 9, PIS 8.

Tapi kalau PAS dan PKR masing-masing tak mau tukar nama, siap kain kapan la.

OK Mat, lepas asar nanti kita masuk Agenda kedua." Pak Nawi menangguhkan mesyuarat.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |