+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, July 3, 2008

”Saya tidak kata saya tidak pergi ke Kondo itu,” kata Anwar selepas Tok Guru Nik Aziz Menziarahinya

Buletin Online

PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Editor
Thursday, 03 July 2008

The image “http://buletinonline.net/images/berita7/tokguru%40anwar.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.Laporan NST kelmarin menyatakan pengawal keselamatan yang menjaga pintu keluar masuk utama Kondominium Mewah di Damansara, pernah melihat kelibat

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki Kondo tersebut sekitar lebih kurang sebulan yang lalu.

Mengulas laporan akhbar media perdana itu, Anwar berkata dia tidak pernah menafikan yang beliau pernah pergi ke kondo tersebut.The image “http://buletinonline.net/images/berita7/kondo.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

“Saya tidak pernah kata saya tidak pernah ke sana,” kata Anwar di pejabatnya di Petaling Jaya selepas menghantar Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menziarahinya petang tadi

Beliau berkata beliau akan menerangkan lebih lanjut tentang isu itu kemudian.

Mengulas laporan akhbar yang sama yang mendakwa bahawa para doctor Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah menemui bukti ‘sodomi’ ke atas Saiful, Anwar menjawab itu masalah dia (Saiful), dia (sendiri) kena menerangkan masalah itu.

Walaupun begitu menurut agensi Bernama lewat kelmarin, Pengarah HKL telah menafikan yang pihaknya mengeluarkan sebarang maklumat berkenaan rekod pemeriksaan Saiful.

The image “http://buletinonline.net/images/berita7/anwar%40aziz.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.Anwar juga enggan menjawab persoalan samada beliau membawa bersamanya Saiful dalam perjalanannya keluar negeri berikutan beberapa liputan media yang mendakwa tuduhan terhadap Anwar juga berlaku di Singapura, Bangkok dan Hongkong.

Ada beberapa perkara yang dia perlu berunding dengan peguamnya dahulu kerana penyiasatan sedang berjalan. Apa yang saya boleh katakana adalah, tiada apa yang perlu dibimbangkan,”kata beliau.

Mengulas pertemuan antara beliau dan Tok Guru Nik Aziz, Anwar mengatakan Tok Guru melahirkan rasa prihatinan beliau terhadap tuduhan yang berlaku.

Tok Guru turut melahirkan rasa kesalnya dengan permainan taktik kotor yang berulang kali kedua dalam masa sepuluh tahun.

"Tok Guru kata kepada saya, supaya saya sabar menghadapinya,” kata Anwar.

Anwar mengucapkan terima kasih atas kesudian Tok Guru Nik Aziz yang mengunjunginya ketika beliau berhadapan dengan dugaan tersebut.

Pertemuan antara beliau dan Tok Guru Nik Aziz berlangsung selama 45 minit.

Pertemuan itu yang turut dihadiri oleh pemandu Tok Guru dan beberapa orang pegawainya Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah

– Sumber Malaysiakini/Harakahdaily

4 comments:

Unknown said...

Kalau tak pernah pergi kenapa Pak cik Guard tu pernah nampak DSAI masuk ke dalam kawasan tu?
Tak kan Pak cik Guard tu pun sebahagian dari konspirasi juga...
'Beliau berkata beliau akan menerangkan lebih lanjut tentang isu itu kemudian.'
Nak kena susun ayat2 power dulu ke?

Unknown said...

Baguslah kalau kedua pemimpin ni bertukar-tukar pendapat dan berbincang. Tapi jangan pula datang bertemu untuk membincangkan serangan seterusnya.
Benda baik jangan dijadikan alasan untuk menutup benda buruk.

Sang Pemantau said...

saudara nor haslim....

DSAI cakap dia pernah pegi kondo tu....bukan tak pernah....cuba saudara baca btul2....
bg saya, dia taknak bg keterangan dulu pasal tu sbb takutkan pihak lawan manipulasikan keterangan dia...kita tengokkan je la...pantau je...:)

Sang Pemantau said...

d.remy,

saya sokong kata anda....benda yang baik jangan jadikan alasan untuk tutup benda buruk....:)

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |