+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, July 3, 2008

Guan Eng minta Abdullah 'balik kampung' jelas pada rakyat

KLpos

Cetak E-mail
Oleh Bernama
Khamis, 03 Julai 2008

PP: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini "menjemput" Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk pulang ke Pulau Pinang dan memberi penjelasan kepada rakyat berhubung keputusan kerajaan untuk menangguhkan beberapa projek pembangunan di negeri itu.

Lim yang juga anggota Parlimen Bagan berkata projek itu adalah projek monorel, Jalan Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR), pembesaran Empangan Mengkuang dan menaik taraf sistem keretapi Bukit Bendera.

Projek PORR dan monorel adalah hadiah yang diumum Abdullah pada 2006 dan jika ditarik balik ia menunjukkan sikap 'buruk siku' kerajaan Barisan Nasional (BN) yang pasti menimbulkan kemarahan rakyat, katanya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di Dewan Rakyat.

"Di mana keikhlasan, kejujuran dan nama baik PM kalau negeri sendiri dianak tiri. Saya harap dia hormati keputusan Pulau Pinang sebab saya hormati dia dan saya Ketua Menteri beliau.

"Kalau boleh tarik balik keputusan tidak adil itu. Kalau tidak, balik ke Pulau Pinang jelaskan kepada rakyat kenapa hadiah yang diumumkan itu ditarik balik," katanya.

Kata-kata Lim itu mengundang kemarahan penyokong kerajaan yang bangun meminta laluan mencelah dan meminta penjelasan, tetapi ditolak Lim dengan alasan tidak cukup masa kerana hanya diberikan 20 minit untuk berbahas.

Berdasarkan kajian separuh penggal RMK-9 itu, projek Monorel Pulau Pinang bernilai RM2 bilion dan PORR bernilai RM1.5 bilion ditangguhkan setelah kerajaan mengambil kira keadaan ekonomi semasa.

Lim berkata peruntukan menerusi RMK-9 itu amat penting untuk memberi kemudahan infrastruktur sempurna dan selesa kepada kira-kira 1.5 juta penduduk Pulau Pinang.

"Saya harap beliau (Abdullah)dan Menteri Kewangan (Tan Sri Nor Mohamed Yakcop) ingat janji yang diberi kepada saya bahawa semua projek yang diputuskan sebelum ini akan diteruskan kerana ia untuk kepentingan rakyat," katanya.

Beliau juga berkata sehingga ini kerajaan negeri juga tidak dimaklumkan mengenai sebarang perubahan kepada projek rakyat termasuk jumlah peruntukan tambahan.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |