+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Thursday, July 3, 2008

Anwar: Polis didakwa gugur info hubungan Najib-Altantuya

Mstar Online

03-07-2008 01:33:35 PM
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

(Mutakhir) PETALING JAYA: Pada sidang akhbar hari ini - yang ketiga selepas dakwaan meliwat didedahkan Sabtu lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, polis telah mengetepikan maklumat penting tentang hubungan anatra Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dengan Altantuya yang diberikan oleh penyiasat peribadi Abdul Razak Baginda, P. Balasubramaniam.

Maklumat itu dinyatakan dalam akuan bersumpah bertarikh 1 Julai 2008 yang dibuat oleh Balasubramaniam.

Ketika mengeluarkan kenyataan itu di sini sebentar tadi, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Balasubramaniam pernah memberikan maklumat berkenaan kepada polis, tetapi ia tidak dibawa ke mahkamah.

"Perkara ini adalah kaedah yang sama iaitu memanipulasi maklumat dan tidak direkodkan seperti yang berlaku dalam kes saya tahun 1998," katanya pada akhbar di sini.

Anwar mengadakan sidang akhbar pertama selepas berhadapan dengan isu dakwaan meliwat pada Isnin lalu sejurus selepas keluar dari berlindung di rumah Duta Turki di Kuala Lumpur.

Sidang akhbar susulan diadakan kelmarin selepas membuat laporan polis terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail.

Sabtu lalu pembantu khas Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis mendakwa beliau diliwat oleh bekas timbalan perdana menteri itu di sebuah apartmen mewah di Damansara Heights di sini pada 26 Jun lalu.

Bagaimanapun Anwar menafikan dakwaan itu dan berkata ia adalah konspirasi untuk menjatuhkan karier politiknya.

BERITA TERDAHULU

Dakwaan liwat: Dua pertiga percaya bermotif 'bunuh' kerjaya politik Anwar

(Mutakhir) KUALA LUMPUR: Hampir 60 peratus golongan muda masyarakat Melayu negara ini beranggapan bahawa dakwaan liwat terbaru melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertujuan menghalang kerjaya politik bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Kajian ringkas kendalian pusat penyelidikan pendapat umum tempatan, Merdeka Center menunjukkan hampir dua pertiga responden yang ditemui awal minggu ini, berusia dalam lingkungan 20-an, berpendapat dakwaan kedua dalam tempoh satu dekad itu bermotifkan politik.

Hanya 11 peratus responden yang tidak bersetuju bahawa isu terbaru yang menyelubungi Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berunsur 'pembunuhan kerjaya politik', kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian kepada mStar Online petang tadi.

Kata beliau, kajian itu melibatkan 225 responden Melayu yang ditemui Isnin dan Selasa lalu iaitu dalam tempoh dua hingga tiga selepas isu tersebut didedahkan oleh media massa.

"Ini kajian ringkas dan data diperoleh ketika isu ini masih baru lagi. Kajian ini akan dikembangkan dan ada kemungkinan pendapat dan pandangan responden boleh berubah berdasarkan perkembangan semasa," tambah beliau.

Kata beliau, kajian ini hanya mengemukakan dua soalan.

Berhubung soalan sejauh mana mereka percaya laporan mengenai isu berkenaan, seramai 49 peratus responden mengatakan tidak percaya sama sekali manakala enam peratus mengatakan bahawa mereka percaya dengan dakwaan itu. Seramai 34 peratus responden mengatakan tidak tahu manakala 11 peratus enggan menjawab soalan berkenaan.

Tahap peratusan ralat kajian adalah kira-kira 6.5 peratus.

Sabtu lalu pembantu khas Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis mendakwa beliau diliwat oleh bekas timbalan perdana menteri itu di sebuah apartmen mewah di Damansara Heights di sini pada 26 Jun lalu.

Bagaimanapun Anwar menafikan dakwaan itu dan berkata ia adalah konspirasi untuk menjatuhkan karier politiknya.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |