Malaysiakini |
Abdul Rahim Sabri | Nov 8, 08 2:41pm |
Mesyuarat Pemuda Umno Rembau 'kecoh sedikit" sewaktu proses pencalonan bagi ketua Pemuda Umno Malaysia diadakan pagi tadi. Perwakilan lain yang melihat keadaan itu mula bangun dan menjerit "KJ, KJ, J" serta "Pencalonan ditutup, pencalonan ditutup". Seramai 308 perwakilan hadir dalam mesyuarat perwakilan itu yang dirasmikan oleh Ketua Umno bahagian Rembau yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan. Setakat ini, Datuk Mukhriz Mahathir mendahulu dengan 74 pecalonan, Khairy 53 dan Datuk Khir Toyo (58). Bagi naib pula ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim mendahului dengan 94 pencalonan dan Reezal sehingga ini mendapat 82 pencalonan. Sementara itu, Khairy berkata, pencalonan beliau di tempat sendiri itu telah melengkapkan kempennya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda. "Pencalonan ini tidak sempurna jika rakan-rakan saya sendiri tidak Sementara itu, Khairy juga kekal sebagai ketua Pemuda Umno bahagian tersebut selepas menang tanpa bertanding hari ini. Manakala Mohd Shafrul Azman juga menang tanpa bertanding bagi jawatan naib ketua Pemuda bahagian selepas memperoleh 96 pencalonan daripada 100 cawangan dalam bahagian berkenaan. |
Sunday, November 9, 2008
Mesyuarat Pemuda Rembau 'kecoh sedikit'
Posted by
Sang Pemantau
at
7:32 AM
Labels: KJ beruk, malaysiakini, UMNO haprak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment