| | | |
Buletin online Ditulis oleh MatStringer | |
Saturday, 22 March 2008 | |
Kuala Terengganu, 21 Mac – Buletin Online membuat semakan media keatas berapa ramai pimpinan UMNO yang memberi respon negatif atas kesediaan Tengku Razaleigh Hamzah untuk mencabar Pak Lah Badawi. Sehingga kini ada tiga berita dari media perdana yang boleh dikatakan sebagai pimpinan UMNO yang menjadi pengampu Pak Lah. Antara tokoh yang awal mengeluarkan kenyataan ‘mengampu Pak Lah’ adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Idris Jusoh. Selain Idris, Hishammudin, Menteri Pelajaran adalah pimpinan UMNO kedua yang membuat kenyataan ‘mengampu Pak Lah. Pimpinan pengampu ketiga jatuh kepada Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka. Beliau adalah seorang yang amat fanatik, pernah melarang kakitangan kerajaan negeri Melaka menghadiri sebarang program di Terengganu sewaktu pemerintahan PAS. Idris memang diketahui banyak terhutang budi kepada Pak Lah Badawi. Maka tidak hairanlah sekiranya bekas Menteri Besar Terengganu itu merupakan orang yang terawal mengeluarkan kenyataan. Selain terhutang budi, Idris yang sedang ‘bertarung dengan’ pihak Istana Terengganu memang bergantung harap kepada Pak Lah yang menjadi penyokong No.1. |
0 comments:
Post a Comment