+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Sunday, June 22, 2008

Kepimpinan Khairy dicabar di Rembau

Malaysiakini

Jun 22, 08 9:42pm

Seorang ahli jawatankuasa Pemuda Umno bahagian Rembau hari ini menawarkan dirinya untuk bertanding mencabar Khairy Jamaluddin bagi jawatan ketua Pemuda bahagian dalam pemilihan parti kali ini.

Azman Mohd Sah berkata bahagian berkenaan pergeraian Pemuda Umno bahagian berkenaan memerlukan perubahan terutama selepas isyarat jelas dari pengundi muda dalam pilihanraya semasa pilihanraya umum 8 Mac lalu.

"Perubahan kepimpinan ini diperlukan kerana kita selama ini dikongkong oleh golongan tertentu sahaja," katanya dalam satu sidang akhbar di Seremban.

"Malah kepimpinan sedia ada juga gagal membawa pembangunan dan perpaduan di dalam pergerakan ini," tambahnya.

khairy jamaluddinMenurut laporan Bernama, Khairy juga merupakan naib ketua pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sokong MB

Dalam pilihanraya umum lalu, Khairy berjaya memenangi kerusi Parlimen Rembau.

Azman, 37, seorang ejen insurans, adalah juga Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Siliau.

Azman mendakwa setakat ini beliau mendapat sokongan lapan ketua Pemuda cawangan di bahagian itu. Bahagian Rembau mempunyai 108 cawangan.

"Saya dan rakan-rakan Pemuda di bahagian Rembau dengan ini juga menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan dan Ketua Bahagian Rembau.

"Kami turut menyokong pencalonan menteri besar sebagai naib presiden Umno sekiranya beliau berhasrat bertanding ke peringkat itu," katanya.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |