+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, July 18, 2008

Anwar: Jika Polis Profesional, Kes Ini Ditutup

Suara Keadilan

KUALA LUMPUR, 17 Julai (SK): Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim yakin tuduhan yang dibuat ke atas beliau oleh Mohamad Saiful Bukhari Azlan tidak berasas sama sekali sekiranya pihak polis menjalankan penyiasatan kes dengan professional dan telus.

“Jika polis menjalankan siasatan secara professional, kes ini tutup,” tegas beliau disidang akhbar pertama di rumahnya selepas dibebaskan pada hari Khamis pukul 9.40 pagi atas jaminan polis.

Beliau ditahan polis berhampiran rumahnya pada hari Rabu kira-kira pukul 1 tengahari dan terus dibawa oleh pasukan polis seramai 20 orang ke IPK KL untuk mengambil mengambil keterangan beliau.

Polis dijangka mengambil keterangan dari Anwar sekali lagi pada 18 Ogos ini di IPK KL pukul 9 pagi.

Anwar juga turut menyelar Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin di atas sikap angkuh dan kenyataan beliau yang dianggap satu pembohongan.

Mohd Bakri sebelum ini memberi gambaran seolah-olah Anwar enggan ke IPK setelah selesai memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah pada sebelah pagi hari beliau ditahan.

“Bakri bercakap dengan penuh keangkuhan seperti Ketua Polis Negara pada 1998.
“Sebagai pegawai kanan polis beliau tidak boleh berbohong setelah pihak kami memberi perakuan kepada polis untuk datang ke IPK memberi keterangan,” kata Anwar lagi.

Mengenai pengambilan DNA beliau, Anwar berkata pihak polis sudah pun mengambil sampel darahnya secara paksa dari simpanan Hospital Kuala Lumpur pada 1998.

“Saya enggan memberi sampel darah saya kepada polis atas nasihat peguam dan pakar perubatan.

Pagi Rabu lalu Anwar memberikan keterangan hampir dua jam di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) berkaitan laporan polisnya pada 1 Jun terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Anwar mengemukakan kepada BPR keterangan dan semua bukti berhubung dakwaan pemalsuan, melenyapkan fakta dan pemalsuan laporan doktor forensik yang dakwa beliau didalangi oleh Abdul Gani dan Musa.

Berhubung laporan polis yang dibuat Mohamad Saiful Bukhari terhadapnya, Anwar menjelaskan sehingga kini pihak polis gagal menyerahkan satu salinan kepada beliau.

“Kalau pun di beri sekarang apa jaminan laporan polis tersebut tidak dipinda oleh polis.

“Bakri berkata polis menjalankan tugas mereka secara professional tetapi laporan polis pun tidak diberi walaupun beberapa kali kami minta, adakah ini professional?,” tanya Anwar.

2 comments:

Unknown said...

Apa perlunya Anwar untuk dapatkan laporan polis Saiful? Sepatutnya Anwarlah yang kena profesional dengan membenarkan polis untuk ambiL sampel darah untuk ujian DNA.

Tindakan beliau mempertikaikan keprofesionalan polis hanya mengundang curiga rakyat. Rata-rata rakyat dah mula sangsi dengan beliau dan mula tertanya-tanya mengapa Anwar berat sangat untuk memberi sampel darah (ujian DNA). Walaupun beliau beri seribu alasan (takut sampel dimanupulasikan) rakyat tetap curiga..

Kita sebagai orang Islam sepatutnya yakin pada Allah yang akan membantu kita jika kita teraniaya tetapi mengapa Anwar dilihat macam tak yakin.. Adakah beliau memang betul-betul terlibat dengan kes liwat yang didakwa beliau sebagai sandiwara UMNO ini...

Sang Pemantau said...

saudara jeffri,

DSAI belajar dari kesilapan lalu. Kalau dulu dia terlalu menurut kehendak kerajaan kerana yakin kebenarannya, tetapi polis dan hakim memainkan peranan menyebabkan beliau sabit kesalahan, walaupun jika diikuti kes perbicaraan liwatnya memang tidak adil. Tuduhan yang dibuat kerap dipinda bagi apabila peguam pembela dapat mematahkan hujah pendakwa.

Saya berpendapat, tindakan DSAI ini wajar sebagai langkah berjaga2 supaya pisang taka berbuah dua kali. Lebih baik tubuh suruhanjaya bebas untuk menyiasat kes ini tanpa melibatkan polis dan hakim negara ini. Saya pun tak yakin dgn keadilan yg dibuat di mahkamah negara ini. Tengok saje skandal pita Lingam, kes Altantuya...kenapa tak selesaikan secepat mungkin??Kenapa lebih tertumpu kes liwat DSAI???Mana lebih berkepentingan??bunuh yang nyata ke atau liwat yg hanya berprasangka???Lu fikir la sendiri!!!

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |