+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Friday, August 1, 2008

Siasatan kes Anwar adil: PM

Berita Harian


PERDANA Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Abdul Aziz Zainal (kiri) dan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan (kanan) selepas Istiadat Meletak Kalungan Bunga sempena sambutan Hari Pahlawan di Tugu Peringatan Negara, semalam. - Foto Rosdan Wahid

Abdullah ulangi tiada konspirasi, laporan polis tidak akan diambil mudah

PUTRAJAYA: Kerajaan akan memastikan semua siasatan berhubung dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim terbabit dengan perbuatan meliwat, dibuat secara profesional serta adil, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sambil mengulangi bahawa tidak wujud sebarang konspirasi, Perdana Menteri berkata, laporan polis yang dibuat bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, yang mendakwa diliwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak akan diambil mudah.


"Lelaki itu merayu meminta keadilan. Adakah kita lebih prihatin (terhadap Anwar) berbanding lelaki itu. Dia perlukan keadilan; itulah rintihannya dan kita tidak boleh mengabaikan hakikat ini," katanya dalam temu bual dengan The Associated Press (AP) di sini, semalam.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata siasatan kes liwat membabitkan Anwar sudah siap sepenuhnya dan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya. Anwar sebelum ini mendakwa tuduhan liwat yang dilemparkan terhadapnya tidak berasas dan ia konspirasi untuk menyekat karier politiknya serta menghalangnya daripada bertanding dalam pilihan raya.

Pada 1998, Anwar dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meliwat pemandu keluarganya dan terbabit dalam salah guna kuasa bagi menutup perbuatannya itu.

Beliau dikenakan hukuman penjara 15 tahun dan Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat pada 2004. Bagaimanapun, dakwaan atas kesalahan rasuah tidak melayakkan beliau untuk bertanding pada pilihan raya umum Mac lalu.

Larangan itu berakhir April lalu dan semalam, Anwar mengumumkan akan bertanding kerusi Parlimen Permatang Pauh berikutan penyandangnya, Datuk Seri Dr wan Azizah Wan Ismail, yang juga isteri beliau, meletak jawatan bagi memberi laluan kepadanya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, beliau percaya Anwar sedang cuba merasuah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), supaya menyertai PKR bagi membolehkan pembangkang menubuhkan Kerajaan Pusat.

"Jika wang ditawarkan, pada saya ini adalah amalan rasuah yang amat buruk," katanya. - AP

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |