+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Saturday, November 15, 2008

Harga minyak mungkin turun 15 sen lagi


Utusan Online

PUTRAJAYA 14 Nov. - Kerajaan dijangka mengumumkan harga runcit baru bagi petrol dan diesel dalam tempoh sehari dua lagi.

Ketika membayangkan kemungkinan itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, penurunan kali ini juga dijangka tidak akan melebihi kadar 15 sen seliter seperti penurunan akhir bulan lalu.

''Kerajaan biasanya menurunkan harga minyak secara berperingkat-peringkat, seperti Oktober lepas kita telah menurunkan masing-masing 15 sen pada pertengahan dan hujung bulan.

''Bagaimanapun, Kabinet hari ini tidak berbincang mengenai harga minyak tersebut tetapi tunggulah untuk mengetahui penurunan harga sehari dua lagi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Beliau diminta mengulas sama ada harga runcit petrol dan diesel akan diturunkan dalam tempoh terdekat berikutan harga minyak mentah dunia kini berada pada paras terendah AS$57.90 setong.

Pada bulan lalu, kerajaan telah menurunkan harga petrol sebanyak 30 sen, manakala diesel sebanyak 35 sen seliter.

Sebelum ini Shahrir dilaporkan berkata, rakyat boleh mengharapkan harga petrol dan diesel lebih rendah pertengahan bulan ini jika aliran penurunan harga purata bahan api itu berterusan di bawah AS$70 (RM226.10) setong pada bulan ini.

Pada masa ini, harga bahan bakar itu di pasaran global berlegar sekitar AS$60 setong.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kempen penurunan harga barang, Shahrir berkata, kementerian akan memperluaskan kempen tersebut ke atas barang makanan dari kilang dan alat ganti kenderaan yang berasaskan penggunaan petroleum.

Bagi tujuan itu katanya, pertemuan dengan pengeluar barangan tersebut akan dibuat dalam masa terdekat untuk membincangkan harga terendah selepas pasar raya besar bersetuju menurunkan harga barangan mereka selaras dengan penurunan harga minyak.

''Kempen ini bukan hanya melibatkan barangan makanan tetapi beberapa barangan lain yang menjadi rungutan pengguna terutama membabitkan penggunaan petrol.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |