Khairul Azlam Mohamad | Foto Harakahdaily Sat | Dec 13, 08 | 12:20:14 pm MYT | |||
KUALA TERENGGANU, 13 Dis (Hrkh) - Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu, Ustaz Nasharudin Mat Isa menegaskan penyertaan PAS bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu kali ini untuk menang. Malah menurutnya, jentera parti kini berada dalam keadaan siap sedia dan penyertaan PAS kali ini adalah bagi memenangi kerusi parlimen tersebut. �Kita masuk untuk menang. Pilihan raya kecil ini adalah pilihan raya Pakatan Rakyat dan kita (PAS) mendapat sokongan sepenuhnya daripada rakan-rakan komponen Pakatan Rakyat. Beliau yang juga Timbalan Presiden PAS berpuas hati dengan persiapan jentera parti di peringkat kawasan dan negeri yang dibawa kepada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat. Menurutnya, mesyuarat jawatankuasa tersebut akan diadakan di Kuala Terengganu pada 21 Disember 2008 ini. �Saya rasa berpuas hati dengan persiapan jentera parti di peringkat yang telah dibuat dan keputusan mesyuarat di peringkat negeri ini akan dibawa kepada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 21 Disember 2008 yang akan diadakan di Kuala Terengganu," katanya. Menurutnya, prosedur biasa diguna-pakai dalam hal berkaitan dengan calon yang akan diketengahkan bermula di peringkat akar umbi lagi. Hadir sama pada sidang media itu, Timbalan Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu, Dato� Mustafa Ali dan Pengarah Jentera Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Dato� Wan Abdul Mutalib Embong. - mns_ |
Monday, December 15, 2008
PAS masuk bertanding untuk menang - Ustaz Nasharudin
Posted by
Sang Pemantau
at
5:25 PM
Labels: Harakahdaily, PAS, PRK, terengganu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment