+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Sunday, March 29, 2009

Kerajaan Malaysia Disaran Saman Suratkhabar Yang “Memfitnah” Timbalan Perdana Menteri

Buletin Online

Written by Wartawan Buletin
Saturday, 28 March 2009 08:16

http://buletinonline.net/images/stories/berita2/IMG_1841.jpgBukit Gantang - Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata pilihanraya adalah untuk menolak orang yang beri rasuah dan orang yang menerima rasuah.

Beliau berkata demikian semasa melancarkan Jentera Pilihanraya PAS Terengganu yang bertugas menghadapi pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang, di Kampung Cheh, Changkat Ibol disini, baru-baru ini.

Menurutnya, pada pilihanraya kecil kali ini PAS berdepan dua perkara; isu dalaman negeri Perak dan peralihan kuasa kerajaan Malaysia.

Beliau berkata, antara perkara yang menjadi isu di negeri Perak ialah apabila kerajaan (Perak) memberikan tanah kepada orang-orang Cina, dituduh tidak memberi tanah kepada orang-orang Islam.

“Tanah yang diberikan oleh (kerajaan) negeri Perak kepada orang-oran Cina ialah kepada orang-orang Cina yang miskin, Kampung Baru,

“macam (yang) berlaku di Terengganu, di Bukit Berangan, di Kampung Batu Lima Dungun, di Air Putih Kemaman, semasa kita memerintah dahulu,

“tetapi pada masa yang sama, kita juga (kerajaan Perak) beri tanah kepada orang-orang Islam, tetapi (berita) beri tanah kepada orang Islam ditutup,”katanya

Di peringkat Nasional katanya, kita menghadapi keadaan peralihan kuasa yang tidak ditetapkan lagi tarikhnya, dalam keadaan bakal Perdana Menteri mempunyai rekod-rekod yang perlu dibersihkan.

“(sebelum ini) disiarkan oleh suratkhabar Perancis, hari ini suratkhabar di Amerika, New York Times,

“(disiarkan oleh) suratkhabar di Filipina, suratkhabar di Thailand, suratkhabar di Indonesia, sratkhabar di Australia, walaupun di Malaysia tidak disiarkan berita-berita yang berkait dengan Timbalan Perdana Menteri,”tegas beliau.

Katanya, beliau membuat kenytaan akhbar pada hari ini, supaya kerajaan Malaysia menyaman suratkhabar yang menyiarkan berita tersebut.

“Kita mahu seorang Perdana Menteri yang bersih, kita mahu kerajaan Malaysia saman surat-suratkhabar ini, kalau fitnah, (akan) bersih bakal Perdana Menteri kita, saman dimana sahaja suratkhabar ini,

“supaya nyata surakhabar itu berbohong atau suratkhabar itu betul?,”soalnya yang menambah, sekiranya apa yang dilaporkan oleh suratkhabar-suratkhabar tersebut betul, maka Timbalan Perdana Menteri tidak layak menjadi Perdana Menteri.

Katanya pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang adalah penting ketika negara ini dalam keadaan gawat dengan krisis yang berlaku dan dalam masa yang sama UMNO dibarahi oleh rasuah.

“Pilihanraya ini untuk menolak parti yang rasuah, parti yang dilaknat oleh Allah, ia satu kemungkaran yang sangat besar, yang kita tidak boleh pandang ringan perkara ini,”katanya.

Seramai 200 orang petugas dari Terengganu telah berkampung dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang sejak ‘Gelombang Pertama’ pada 18 Mac lalu.

Turut hadir dan berucap dalam majlis itu adalah Pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri Terengganu, Hj Yahaya Ali.

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |