Buletin Online Written by Joe Blogawan |
Friday, 06 March 2009 04:13 |
Apa pula tindakan ‘Bakal Perdana Menteri’ Dato’ Seri Najib Razak selepas ini, setelah kes pembabitan beliau dalam pembunuhan Altantuya Shaaribuu didedahkan oleh media antarabangsa.
Penyiasat Persendirian yang hilang hingga kini, P.Balasubramaniam, turut mendakwa Najib mengenali Altantuya dalam satu Surat Akuan Bersumpahnya yang pertama. Tidak sampai 24 jam, Balasubramaniam muncul dalam keadaan tertekan, membawa kepada umum Surat Akuan Bersumpah yang kedua, dimana kandungannya bertentangan. Menurut akhbar itu, Razak dan Altantuya bertolak pada Mac 2005 ke Eropah untuk menyelesaikan beberapa aspek berhubung dengan kontrak pembelian kapal selam oleh kerajaan Malaysia bernilai RM4.7 bilion.
Menurut akhbar itu, ketika di Paris, Najib bertemu dengan Altantuya dan Razak serta bergambar dengan mereka.
Razak bertindak sebagai pengantara untuk menghasilkan rundingan pembelian kapal selam itu daripada Syarikat Armaris, sebuah usahasama Peranchis-Sepanyol. Altantuya seterusnya datang ke Kuala Lumpur October 2006 apabila menerima berita Armaris telah membayar komisyen RM541juta kepada Perimekar yang di miliki oleh Razak.
Wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia. Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan sebelum mayatnya dibungkus dalam beg plastik hitam. Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak. Beberapa jam sebelum Razak di tahan, Najib menghantar sms kepada sekutunya berbunyi: Saya akan berjumpa dengan Ketua Polis Negara pukul 11 pagi hari ini, Masalah ini akan diselesaikan. Sabar.” Klik Artikel sepenuhnya yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris dari Raja Petra dan Akuan Beramaran Sirul |
Friday, March 6, 2009
Najib kah Si Gembala Kepada Kambing Hitam itu ???
Posted by
Sang Pemantau
at
10:05 PM
Labels: Altantuya, buletin online, najib razak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment