+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Wednesday, September 2, 2009

Kerajaan Umno-BN Bermusuh Dengan Kartun Pula !

Buletin Online

E-mail Print PDF

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah begitu ‘sasau’ kini kerana mengisytiharkan perang kepada sesiapa sahaja yang mengkritiknya termasuk ‘kartun’.


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita9/zunargedungkartun.jpgTindakan sekumpulan pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menyerbu pejabat majalah humor terbaru Gedung Kartun 25 Ogos lalu jelas menunjukkan sikap ’lidah bercabang’.

Dalam satu keadaan pemimpin Umno/BN termasuk Menteri Dalam Negeri (H1) Dato’ Hishamudin Hussein dan sepupunya Perdana Menteri (N1) Dato’ Seri Najib Razak melaungkan slogan ’Rakyat di Dahulukan’.

Pada masa yang sama, H1N1 menghumban prinsip ’kebebasan bersuara’ dengan menekan media yang tidak pro kepada kerajaan.


Ekoran penerbitan edisi sulung majalah Gedung Kartun karya kartunis politik terkenal Zulkiflee Anwar Haque atau Zunar yang mengusik N1, pejabat dan kilang yang mencetak majalah itu diserbu serta komik ’kartun’ dirampas.

Lanjutan dari itu, Zunar menghadapi tuduhan menerbitkan sebuah penerbitan tanpa permit penerbitan.

Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak lebih daripada tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Zunar dalam kenyataannya hari ini menafikan sekeras-kerasnya tuduhan KDN. Berikut di paparkan kenyataan penuh Zunar.

_____________________________________________________________________________________________________________________


1
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita9/kartunzunar.jpg. Merujuk Berita Malaysiakini bertarikh 29 Ogos yang memetik kenyataan Ketua Komunikasi Korporat KDN Jamilah Taib bahawa Sepakat Efektif Sdn Bhd, iaitu syarikat milik saya akan didakwa kerana menerbitkan sebuah penerbitan tanpa permit penerbitan.

Menurut beliau, Sepakat Efektif didakwa di bawah Seksyen 5(2)(b) Akta Mesin Cetak 1984 kerana mengedarkan majalah yang tiada permit...Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak lebih daripada tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.---Laporan itu dipetik

Kenyatan itu merujuk kepada penerbitan sebuah majalah kartun berjudul Gedung Kartun.

2. Sebagai rekod, sebelum majalah ini diterbitkan, saya telah membuat permohonan pada 30 Jun kepada KDN untuk mendapatkan permit dan telah mematuhi semua peraturan yang disyaratkan.

Pada 3 Ogos, syarikat kami telah menghubungi pegawai KDN dan dimaklumkan permit telah lulus dan beliau meminta untuk mengambil surat penerbitan pada 14 Ogos. Pada 14 Ogos, kami pergi ke KDN untuk mengambil surat, walau bagaimana pun dimaklumkan surat belum siap.

Sehubungan itu, saya telah meminta agar nombor permit itu diberi terlebih dahulu supaya kami dapat menjalankan kerja-kerja produksi, dengan anggapan bahawa apabila majalah ini dicetak dan diedarkan sepuluh hari selepas itu, sudah pasti surat rasmi permit itu akan tiba. Dan nombor itu telah diberi oleh pegawai KDN.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita9/kartun_zunar03.jpgDengan itu saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa Gedung Kartun diterbitkan dengan menggunakan permit palsu. Malahan KDN telah membuat tuduhan serius yang membawa implikasi bahawa permit bernombor PP8541/08/2010(0282145) ISSN 1688-5398 adalah rekayasa saya?

3. Saya tidak faham kenapa surat rasmi mengenai kelulusan permit Gedung Kartun sampai sekarang belum dikeluarkan oleh pihak KDN, sebaliknya mereka melakukan rampasan dan mahu mendakwa saya ke mahkamah. Bukanlah lebih baik dikeluarkan surat kepada saya dan semua masalah selesai?

4. Kerana permit penerbitan diluluskan menteri, saya akan menulis surat untuk bertemu sendiri dengan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mendapatkan penjelasan apakah benar beliau tidak pernah pada atau sebelum 14 Ogos meluluskan permit dengan nombor PP8541/08/2010(0282145) ISSN 1688-5398 untuk majalah Gedung Kartun?

5. Saya juga ingin bertanya, kenapa memperolehi permit penerbitan menjadi semakin sukar? Apakah ini yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri bahawa media akan lebih bebas di bawah pemerintahannya? Apakah dibawah 1Malaysia, hak berkarya dan suara kartunis akan lebih dicengkam?

6. Jika melukis kartun boleh dipenjara tiga tahun, bayangkan bentuk kebebasan media dan kebebasan bersuara di negara kita.

7. Saya juga mendesak supaya akta lapuk, Akta Mesin Cetak 1948 dihapuskan.

Zunar

(Political cartoonist, Gedung Kartun Editor)
1 September 2009--Pertahankan hak kartunis

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |