| Harakahdaily Sun | Mar 30, 08 | 5:18:35 pm MYT | |
| KUALA TERENGGANU, 30 Mac (Hrkh) - Dato' Ahmad Said hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru dan sekaligus mengakhiri krisis pelantikan Menteri Besar negeri ini yang berlarutan sejak 10 Mac. Bernama melaporkan, kesemua 22 anggota Dewan Undangan Negeri (Adun), yang sebelum ini tidak menyokong pelantikannya serta bekas Menteri Besar Dato' Seri Idris Jusoh, yang dinamakan sebagai Menteri Besar oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, menghadiri majlis angkat sumpah hari ini. Istiadat di hadapan Pemangku Sultan Terengganu Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin, berlangsung di Balairong Seri, Istana Maziah di sini, tiga hari selepas Majlis Tertinggi (MT) Umno membuat keputusan menyokong pelantikan Ahmad sebagai Menteri Besar oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Terengganu. Selepas melafazkan sumpah jawatan dan ikrar taat setia sebagai Menteri Besar, Ahmad, 51, yang juga Adun Kijal kemudian menandatangani surat pelantikannya. Istiadat itu turut disaksikan oleh Yang Di-Pertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dan dua anggota MPPR iaitu Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman. Semua Adun Terengganu termasuk daripada parti pembangkang menghadiri majlis hari ini. Dengan berpakaian baju Melayu serba hitam, Menteri Besar baru itu kelihatan tenang sepanjang berlangsungnya majlis itu. Bagaimanapun sebelum beredar meninggalkan majlis, Ahmad kelihatan terharu apabila beliau bersalaman dengan Idris dan memeluk bekas Menteri Besar itu dalam keadaan penuh emosi. Beliau turut bersalaman dengan Adun yang menghadiri majlis itu. Sebanyak 22 Adun dari BN sebelum ini membantah pelantikan Ahmad dan beberapa orang daripada mereka bersedia meletakkan jawatan sebagai Adun jika Idris tidak dilantik semula sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua. Jaminan tiada usul undi tak percaya Sementara itu, Adun Ajil Dato' Rosol Wahid hari ini memberi jaminan barisan Adun BN tidak akan akan membawa usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar baru pada sidang DUN, yang perlu diadakan dalam tempoh tiga bulan ini. Beliau berkata krisis pelantikan Menteri Besar yang berlaku sebelum ini sudah cukup meresah dan mengelirukan rakyat dan Umno Terengganu merasakan bahawa tidak perlu lagi timbul perkara-perkara yang dikhuatiri boleh menjejaskan imej parti pada pandangan mata rakyat. "Kita boleh beri jaminan tidak akan ada apa-apa masalah selepas ini, sebab yang mendukung kita sekarang ialah rakyat. Jadi kita nampak, tidak perlu lagi timbul isu-isu yang meresahkan rakyat. Hari ini telah masuk tiga hingga empat minggu rakyat resah dengan kemelut ini. "Bagi mereka yang faham, tidak ada masalah, tetapi bagi yang kurang faham, mereka merasakan ini seolah-olah perbalahan berebut jawatan dalam Umno. "Jadi saya yakin (persidangan) Dewan DUN nanti akan berjalan dengan lancar dan baik kerana matlamat kita adalah rakyat sebagaimana yang dinyatakan oleh Pengerusi Perhubungan Umno, mana yang baik untuk rakyat, itulah yang terbaik untuk kita," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis serah terima tugas jawatan Besar Terengganu daripada Idris kepada Menteri Besar baru Datuk Ahmad Said di Wisma Darul Iman di sini hari ini. Selepas ini, satu lagi majlis angkat sumpah akan diadakan untuk anggota Exco kerajaan negeri, apabila Ahmad selesai menyediakan senarai pelantikan dalam masa kira-kira 10 hari lagi. BN menang 24 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu manakala selebihnya dimenangi oleh PAS. - mks. |
Sunday, March 30, 2008
Ahmad angkat sumpah, 22 adun jamin tiada undi tidak percaya
0 comments Labels: Harakahdaily, mat said, MB tganu
Guan Eng Sambut Ketibaan Abdullah Di Pulau Pinang
Kelatedaily
Dilulus Oleh:wahdah| Saturday, March 29 @ 21:33:47 MYT
PULAU PINANG, 29 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tiba di sini hari ini bagi menghadiri majlis kesyukuran Umno Pulau Pinang, dan ketibaan beliau di Lapangan Terbang Bayan Lepas di sini disambut oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Lim dan kedua-dua timbalannya Mohammad Fairus Khairuddin dan Prof P.Ramasamy adalah antara lebih 300 orang yang menyambut ketibaan Abdullah di lapangan terbang itu sebaik turun dari pesawat pada pukul 6.15 petang.
Abdullah bersalaman dengan Lim, Mohammad Fairus dan Ramasamy serta para pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Umno Pulau Pinang.
Antara pemimpin yang hadir ialah Pengerusi BN negeri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah, Setiausaha Umno negeri Datuk Azhar Ibrahim, Bendahari Umno Negeri Datuk Zainal Abdidin Osman dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Datuk Jamaludin Hasan.
Lim memberitahu pemberita bahawa Abdullah mengucapkan tahniah kepada beliau dan Ramasamy di atas kejayaan DAP menubuhkan kerajaan di Pulau Pinang selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas. Lim berkata beliau juga mengambil kesempatan memperkenalkan Mohammad Fairus kepada Perdana Menteri. Abdullah dijadual menghadiri majlis kesyukuran anjuran Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang di Dewan Besar Sungai Dua Butterworth.
Ratusan orang menunggu ketibaan Perdana Menteri dengan membawa sepanduk yang menyokong kepimpinannya. Mereka melaungkan "Hidup Pak Lah" dan "Hidup Melayu" sebaik sahaja kenderaan yang membawa Abdullah beredar meninggalkan lapangan terbang.
Kemudian sebaik tiba di rumah keluarganya di Kepala Batas, Abdullah disambut oleh kira-kira 1,000 orang penyokong.
Dalam ucapan ringkasnya, Abdullah mengucapkan terima kasih kepada penyokong serta semua pengundi yang telah membawa kepada kemenangan BN di Kepala Batas pada pilihan raya umum lepas.
-- BERNAMA
0 comments Labels: Barisan Rakyat, kelatedaily, Pak Lah undur
Saturday, March 29, 2008
Ahmad Said maaf 22 Adun
Berita Harian
Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin, Mohammad Ishak, Hamid Salleh dan Suhaidi Mohamed Amin
Datuk Ahmad Said |
Menteri Besar baru nafi bermusuh dengan Idris, mendendami sesiapa
CUKAI: Menteri Besar Terengganu yang baru, Datuk Ahmad Said, sedia memaafkan semua 22 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu yang sebelum ini menentang pelantikannya ke jawatan itu.
Malah, Ahmad yang juga Adun Kijal menegaskan, beliau tidak pernah bermusuh dengan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh dan tidak pernah berdendam dengan sesiapa.
"Alhamdulillah hari ini Datuk Ahmad Shabery berjaya dalam karier politiknya. Begitu juga pada 2000, Datuk Abu Bakar Ali (bekas Adun Kemasik) selaku Pemangku Ketua Umno Bahagian Kemaman pernah memecat saya, tetapi apabila saya menang dalam pemilihan parti, tiada tindakan diambil terhadapnya,” kata Ahmad kepada pemberita di rumah ibunya di sini, petang semalam.
Kelmarin, MT memperakukan pelantikan Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu, sekali gus menyelesaikan kemelut dalam kepemimpinan kerajaan di negeri itu yang berlarutan selama tiga minggu sejak pilihan raya umum 8 Mac lalu.
Ditanya sama ada beliau akan terus menerima idea Idris bagi membentuk barisan Exco, Ahmad berkata:
"Tidak ada masalah kerana saya akui beliau (Idris) seorang pemimpin hebat yang pernah dilahirkan oleh negeri Terengganu. Beliau adalah sahabat saya di universiti. Saya pernah bercakap dengan beliau beberapa hari lalu di Putrajaya dan kami sentiasa berterus terang."
Bagaimanapun ketika ditanya sama ada Exco lama akan dilantik semula, Ahmad berkata ‘dalam politik tiada musuh berkekalan, tidak ada kawan berkekalan’.
Katanya, beliau akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di hadapan Pemangku Raja, Tengku Muhammad Ismail di Istana Maziah, esok manakala pelantikan Exco akan disempurnakan dalam tempoh 10 hari selepas itu.
Beliau yang Ketua Umno Bahagian Kemaman berkata, keutamaannya kini adalah untuk merapatkan hubungan dan menjelaskan salah faham yang wujud sebelum ini.
“Sebenarnya saya tidak nampak ini adalah satu permasalahan kerana semua ketua bahagian di Terengganu saling mengenali antara satu sama lain. Saya rasa ini adalah sebahagian pengajaran kepada kami semua bahawa kita tidak mampu berpecah dan episod yang berlalu biarlah berlalu.
“Kita harus terus dengan keyakinan baru kita untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Insya-Allah saya tidak nampak, bahawa akan berlaku sebarang masalah. Apa yang penting, pemimpin Umno mesti berjiwa besar untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya.
Sementara itu, Idris terus membisu berhubung keputusan MT memperakukan pelantikan Ahmad.
Beliau, yang tiba di kediamannya di Kampung Tok Has, Jertih, kira-kira jam 6 petang juga tidak berucap sekali pun lebih 10,000 penyokongnya dari daerah Besut dan Setiu berkumpul di rumahnya sejak selepas solat Jumaat.
Adun Jertih itu yang ditemani isterinya, Toh Puan Seri Kamariah Zakaria, hanya bersalaman dan bertanya khabar dengan penyokongnya yang sesetengahnya kelihatan mengesat air mata.
Ketika ditemui pemberita selepas itu, Idris berkata beliau belum bersedia membuat sebarang kenyataan kerana takut disalah anggap.
“Saya akan ke Kuala Terengganu Ahad ini untuk memohon pertukaran sekolah anak saya di Besut,” katanya sambil menyatakan hasrat berehat bersama keluarga dan belum ada sebarang perancangan.
Di KUALA TERENGGANU, Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Rosol Wahid, berkata semua 22 Adun BN yang sebelum ini menyokong Idris, akur dengan keputusan MT.
“Idris pun tenang dan tidak emosional. Dia anggap, apa yang berlaku sebagai takdir,” katanya.
Rosol berkata, selepas mesyuarat MT kelmarin, Idris dan 22 Adun berkenaan juga mengadakan pertemuan hampir dua jam dengan Perdana Menteri. Beliau yang juga Adun Ajil, bagaimanapun tidak mendedahkan perkara yang dibincangkan dalam perjumpaan itu.
0 comments Labels: Berita Harian, kerajaan BN, MB tganu, UMNO haprak
Gabungan parti alternatif mampu ganti kerajaan BN
0 comments Labels: Barisan Rakyat, Harakahdaily
Terima Ahmad Said, Umno jilat najis sendiri
| Harakahdaily Salahuddin Ayub Fri | Mar 28, 08 | 4:54:24 pm MYT | |
|
Keputusan yang diambil oleh MT Umno semalam dipercayai selepas mempertimbangkan kemungkinan Umno/BN akan kehilangan kuasa di Terengganu dan krisis politik dengan Istana Negara di peringkat Pusat. Perdana Menteri menuduh tindakan sultan 'tidak mengikut Perlembagaan', manakala Peguam Negara cuba digunakan untuk 'mengajar' Sultan Terengganu. Apapun, Umno telah menjilat najisnya sendiri yang sebelum bertegas mahu menolak Ahmad Said sehingga mencemarkan nama baik istana Kerana bimbangkan kehilangan kuasa tersebut, Umno terpaksa menjilat najisnya sendiri yang selama ini cuba dicampakkan ke muka Tuanku Sultan Terengganu. Umno semenjak kemenangan pilihan raya pada 8 Mac 2008 telah bersikap kurang ajar, biadap dan derhaka terhadap Sultan Terengganu apabila menamakan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar walaupun istana telah memberi isyarat untuk tidak menerimanya. Apabila istana menamakan Dato' Ahmad Said sebagai Menteri Besar, para pemimpin Umno dari Pusat dan negeri terus-menerus menyerang tindakan sultan, sehingga ada yang mengeluarkan ugutan. Perdana Menteri menuduh tindakan sultan 'tidak mengikut Perlembagaan', manakala Peguam Negara cuba digunakan untuk 'mengajar' Sultan Terengganu. Setiausaha Agung dan Presiden Umno pula mengancam untuk memecat Ahmad Said, manakala Umno Terengganu sudah memecatnya. Lebih biadap lagi apabila para pemimpin Umno yang menolak pilihan sultan mahu mengenakan undi tidak percaya terhadap Ahmad Said, selain mengugut untuk meletakkan jawatan. Tindakan MT Umno semalam untuk mengiktiraf Ahmad Said memang akan menyelesaikan kemelut politik di Terengganu, tetapi ia tidak akan dapat menyembuh luka di hati Sultan dan rakyat Terengganu seluruhnya. Selepas dua minggu melancarkan serangan ke atas istana Terengganu dan pengikut-pengikut mereka mula biadap dengan menggelarkan Sultan Terengganu sebagai 'natang' (binatang), akhirnya Setiausaha Umno Terengganu mengakui bahawa semua tindakan biadap dan derhaka mereka ini adalah atas arahan Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi. Selepas dua minggu melancarkan serangan ke atas istana Terengganu dan pengikut-pengikut mereka mula biadap dengan menggelarkan Sultan Terengganu sebagai 'natang' (binatang), akhirnya Setiausaha Umno Terengganu mengakui bahawa semua tindakan biadap dan derhaka mereka ini adalah atas arahan Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi. Abdullah sebagai Presiden Umno dan ketua kerajaan telah melakukan satu tindakan yang amat memalukan bagi rakyat negara ini kerana mengarah satu perbuatan biadap terhadap Sultan Terengganu yang juga Yang di-Pertuan Agong. Bagi DPP Pusat, tindakan MT Umno semalam untuk mengiktiraf Ahmad Said memang akan menyelesaikan kemelut politik di Terengganu, tetapi ia tidak akan dapat menyembuh luka di hati Sultan dan rakyat Terengganu seluruhnya. Tidak pernah dalam sejarah orang Melayu bersikap begitu biadap terhadap sultan sedangkan baginda bertindak demikian untuk membela keadilan bagi pihak rakyat. Kita biasa mendengar raja-raja ditentang kerana kezaliman mereka, tetapi hari ini raja yang adil cuba diderhakai oleh pemimpin zalim BN. Akhirnya, hukum karma menimpa Umno apabila terpaksa mengalah di atas kezaliman mereka dan tunduk kepada kemahuan sultan. Apapun, Umno telah menjilat najisnya sendiri yang sebelum bertegas mahu menolak Ahmad Said sehingga mencemarkan nama baik istana. Ketua Dewan Pemuda PAS |
0 comments Labels: Harakahdaily, PAS, UMNO haprak
Semua Adun Terengganu akur pelantikan Ahmad Said
oleh Hanneeyzah Bariah Baharin
KUALA TERENGGANU: Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu menghormati dan menerima keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno merestui pelantikan Adun Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar walaupun terkejut dengan keputusan dibuat pucuk pimpinan tertinggi Umno itu.Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Rosol Wahid, berkata pihaknya akur keputusan yang memihak kepada Ahmad dan akan mengadakan pertemuan dengan Adun lain untuk membincangkan perkara berbangkit, termasuk kenyataan mereka sebelum ini untuk meletak jawatan jika Datuk Seri Idris Jusoh tidak dilantik Menteri Besar.
"Kita mudah saja...pucuk pimpinan tertinggi parti di peringkat Pusat sudah menyatakan keputusan mereka dan kita sebagai ahli parti perlu akur kerana yang penting kita bersama parti," katanya tanpa enggan bercakap panjang ketika dihubungi Berita Harian, di sini, hari ini.
Sebelum ini, kemelut pelantikan Menteri Besar Terengganu memuncak apabila semua 22 Adun sebulat suara menolak calon selain Idris untuk dilantik Menteri Besar dan sebahagian mereka turut menyatakan kesanggupan meletak jawatan jika Idris tidak dipilih semula ke jawatan itu.
Ahmad menerima watikah perisytiharan pelantikan jawatan daripada Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Seri Panglima Raja Tengku Baderulzaman di Istana Tetamu, di sini, Ahad lalu.
Adun Alur Limbat yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Marang, Alias Abdullah, berkata majoriti wakil rakyat yang menyokong kepemimpinan Idris selepas mendapat watikah daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi agak terkejut dengan keputusan MT, tetapi mereka menghormati kehendak parti.
"Keputusan MT menerima pelantikan Ahmad memang mengejutkan kerana sebelum ini tidak ada petunjuk yang menunjukkan kepemimpinan parti akan menerima calon Menteri Besar selain Idris. Tetapi, sebagai ahli yang sentiasa patuh pada pucuk pimpinan kita terpaksa terima keputusan itu.
"Selama ini (sepanjang tempoh selepas keputusan pilihan raya), sokongan padu terhadap Idris dibuat bukan saja kerana menyokong individu itu, tetapi kerana ia pegangan parti. Tetapi, semalam mereka sudah memutuskan untuk mempersetujui kehendak MPPR dan kami akur.
"Tidak timbul soal kami (Adun) menderhaka kepada istana berikutan tetap mahu mempertahankan Idris kerana tindakan dan sokongan kami adalah bersandarkan kepatuhan dan kesetiaan kepada kehendak parti.
Alias berkata, rakyat pastinya tidak mahu wakil rakyat yang dipilih dan diberi mandat oleh mereka meletak jawatan sehingga boleh menjejaskan kekukuhan parti BN yang cemerlang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu apabila menang dengan majoriti lebih dua pertiga.
Sementara itu, Adun Bandar, Toh Chin Yaw, berkata ahli parti harus akur dengan apa juga keputusan yang dibuat pucuk pimpinan, termasuk keputusan terbaru mempersetujui pelantikan Ahmad sebagai Menteri Besar.
"Dulu keputusan pucuk pimpinan tertinggi parti (mahu Idris sebagai Menteri Besar) dan sekarang pun keputusan parti (mempersetujui pelantikan Ahmad). Jadi kita sebagai ahli parti perlu terima dan sokong. Yang penting, kesejahteraan rakyat menjadi keutamaan," katanya.
Adun Bukit Besi, Datuk Din Adam, berkata ahli parti perlu mengikut disiplin parti dengan menyokong apa juga keputusan yang dibuat pucuk pimpinan.
"Kita nak kata apa. Yang penting nasib rakyat akan terus dibela dan kepemimpinan yang baru menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin di peringkat akar umbi," katanya.
orangkita kata :
sudahlah 23 penyamun....konon kata kalau mat said jadi MB nak letak jawatan....apa lagi...letak le....hari tu berapi-api sangat konon nak boikot....dei thambi!!! kasi malu sama orang lain ah.....korang duduk satu kapal pun bole tak sehaluan....lagi nak pimpin rakyat....hancur!!!!!
0 comments Labels: Berita Harian, terengganu, UMNO haprak
Idris Jusoh terus membisu
JERTIH: Ketua Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, terus membisu berhubung keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti semalam, merestui pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar.
Malah, beliau yang tiba di kediamannya di Kampung Tok Has di sini, kira-kira jam 6 petang ini tidak berucap, sekali pun lebih 10,000 penyokongnya dari daerah Besut dan Setiu berkumpul di rumahnya sejak selepas solat Jumaat.
Adun Jertih itu yang ditemani isterinya, Toh Puan Seri Kamariah Zakaria, hanya bersalaman dan bertanya khabar dengan penyokongnya, yang sesetengahnya kelihatan mengesat air mata kerana terharu dengan cabaran yang terpaksa dilalui bekas Menteri Besar itu.
"Saya akan ke Kuala Terengganu, Ahad ini untuk memohon pertukaran sekolah anak saya di Besut," katanya sambil menyatakan keinginan untuk berehat bersama keluarga dan ketika ini beliau belum ada sebarang perancangan.
Cubaan wartawan untuk mendapatkan ulasan Idris sebelum meninggalkan kediaman rasminya di Batu Burok juga gagal apabila beliau hanya melambaikan tangan sewaktu berlepas ke Jertih, jam 4.23 petang.
orang kita kata :
Pokyeh...pokyeh....yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Ada hikmah le tu pokyeh wei......lain kali jangan berlagak sangat...muhasabah diri sket....berpijak di bumi yang nyata....hehehe...."terpahat sudah sejarah....."memahat sejarah, mencipta tamadun konon....semua retorik je.....hampeh!!!!
0 comments Labels: Berita Harian, pokyeh
Selepas 36 hari bertarung, Deris Di Hambat Keluar Padang
| Buletin Online | | | |
0 comments Labels: buletin online, MB tganu, pokyeh, UMNO haprak





