+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Monday, March 31, 2008

Permintaan MIC tidak wajar: Ali Rustam

Berita Harian

MELAKA: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menganggap tidak wajar permintaan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu kepada kerajaan agar membebaskan lima anggota kumpulan Hindraf yang kini ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau berkata, ini kerana kes mereka ada kaitannya dengan tindakan menggugat keselamatan dan ketenteraman negara.

"Pemimpin mesti rasional, keselamatan orang ramai perlu mengatasi kepentingan lima orang ini. Oleh itu, saya pertahankan tindakan ISA yang diambil kerajaan dalam penahanan lima pemimpin Hindraf,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan di Melaka, di Taman Botanikal, di sini, hari ini.


Mohd Ali yang juga Ketua Menteri Melaka percaya, jika tindakan ISA tidak dilakukan, keadaan pada masa itu akan mendorong banyak lagi perarakan lain yang akan bertukar menjadi ganas dan mungkin akan berlaku pergaduhan dan kehilangan nyawa.


"Akhirnya, ia tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada negara, sebab itu mencegah adalah lebih baik daripada mengubat.

“Orang yang boleh menimbulkan masalah kepada negara patut diambil tindakan, jangan apabila sudah berlaku malapetaka, baru kita nak ambil tindakan,” katanya.

Mohd Ali berkata, menggunakan isu membebaskan lima pemimpin Hindraf bagi mencari publisiti adalah tidak baik untuk negara. — Bernama

0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |