Buletin Online | | | |
Ditulis oleh SM Noor | |
Monday, 24 March 2008 | |
Beliau berkata pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu dilihat sebagai tidak mengikut Perlembagaan sebagaimana yang dilaporkan oleh Bernama DAP mulanya membantah penyandang jawatan daripada Pas, Mohammad Nizar Jamaluddin, 51, yang partinya hanya memperoleh enam kerusi. Realitinya, peranan Raja dan Sultan memberi perimbangan yang baik apabila wujud situasi kuasa politik ‘berleluasa’ dalam diri seseorang. Ia dinyatakan seperti yang tertera di bawah: Kaedah perlantikan Menteri Besar Terengganu hendaklah mengikut Undang-undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu 1911, Dengan Pindaan Pada Tahun 1948.01.21 Masehi Bersamaan 1367.3.10.Perlantikan Menteri Besar tertakluk kepada Undang Undang Bagi Diri Negeri Terengganu 1911 (11.11.1911) Dengan Pindaan (Ditambah Kepada Undang-undang Diri 1911 Pada 21.01.1948 Dikuatkuasa Pada Pada Tarikh Yang Sama ( Fasal 1 (2) ) Yang Dizin. Fasal 5 Undang-undang Bagi Negeri Terengganu( Yang Ditambah Pada 1948) Fasal 5 Memperuntuk Raja Memerintah Mengikut Undang-undang. Raja Berkuasa Melantik Menteri Besar Dan Jua Pada Undang-undang Diri Negeri Terengganu Tambahan 1948 Dibawah Fasal10(I) Dan Fasal 14(1)(2) . Peruntukan Dibawah Undang-undang Diri Negeri Terengganu 1911 Fasal 29 Memileh Dan Menjadikan Menteri Besar Dan Naibnya Adalah Semata-mata Hak Bagi Sultan (Tidak Dipinda) Didalam Tambahan Pada Tahun 1948 Diperuntukan Dibawah Fasal 10 Perlantikan Menteri Besar Duli Yang Maha Mulia Hendaklah Melantik Dengan Surat Lantikan Yang Ditanda Tangani Oleh Baginda Dengan Memakai Mohor Negeri Seorang Menteri Besar Mengikut Syarat2 Perenggan (1) Dibawah Syarat (2) Fasal 14 (2)(1) Dan (4) Duli Yang Maha Mulia Hendaklah Mula-mula Melantikan Dahulu Menteri Besar Untuk Mengetuai Majlis Mesyuarat Kerajaan Seorang Ahli Dun... Fasal 14(4) Takala Melantik Seorang Menteri Besar Maka Bolehlah Duli Yang Maha Mulia Mengikut Timbangan Baginda Sendiri, Meninggalkan Mana-mana Syarat Dalam Fasal 10 Yang Menghadkan Pilihan Baginda Akan Menteri Besar Itu Jika Sekiranya Pada Fikiran Baginda Mustahak Meninggalkanya Kerana Hendak Menunaikan Kehendak2 Fasal 10 Ini. |
0 comments:
Post a Comment