+++++Blog dalam proses pembikinan semula....terima kasih... +++++++

Tuesday, April 1, 2008

Geert Wilders - Kamu memusuhi Allah

Pas johor bahru

Geert Wilders..seorang politikus dari Belanda yang begitu bertegas menghina Islam melalui siri siri pembantaiannya terhadap kandungan ayat Al-Quran.


Sebelum si iblis ini sempat menghasilkan filem kontroversinya "Fitna" ini bajingan ini telah lama ingin mencalar imej Islam. Menjadi ahli perwakilan Parlimen di Belanda dia sudahpun mengundang kecelakaannya apabila berterus terang menyokong kakikatur Jyllands Posten yang menghina Rasullullah dengan memaparkannya secara berani dilaman peribadinya.

Tak cukup sekadar itu, dia jugalah yang menyarankan Al-Quran diharamkan di Belanda. Tanpa disedarinya survival Islam itu kekal malah semakin menyubur di Belanda lantas menambah kejakian puak kuffar ini lantaran dia sering dilihat meracau akan pernyataan ini:-

"Take a walk down the street and see where this is going. You no longer feel like you are living in your own country. There is a battle going on and we have to defend ourselves. Before you know it there will be more mosques than churches!"

Akhirnya untuk mengelak kemarahan muslimin khususnya di Belanda beliau tampil memberi pandangan agar sesiapa sahaja yang ingin menetap di Belanda kalaupun ingin menyimpan Al-Quran haruslah dikoyakkan sesetengah mukasurat, seakan ayat Al-Quran perlu diambil sesebahagian sahaja (macam kenal je perangai camnie). Lantaran itu bangkitlah ammarah sesetengah Negara Islam khususnya Tunisia, Maghribi dan Arab Saudi.

Kini keadaan parah seharusnya dirasakan ummah. Rasulullah yang dikasihi ummat Islam kini diserang batang tubuhnya apatahlagi saatnya suasana maulidurRasul masih lagi segar di ingatan seluruh umat Islam. Betapa dahsyatnya serangan musyrik kini, ayat suci Al-Quran yang semestinya bukan hak si bangsat ini untuk seenak-enaknya member huraian dengan meletakkan harapan agar kita muslimin setuju menurut tafsirnya..

Maka, dengan ini PASKJB mengajak seluruh umat Islam mengecam tindakan teramat biadap ini. Lakukan sebijak kalian apa sahaja untuk menggentarkan musuh kamu. Perkembangan Geert Wilders ini pasti dalam ingatan kami..
Ihzimhum wansurna alaihim.. Kau tewaskan mereka dan menangkanlah kami keatas mereka.

PAS bantah keras filem anti Islam Belanda - Presiden

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan bantahan sekeras-kerasnya terhadap sebuah filem Belanda terbitan Geert Wilders bertajuk 'Fitna' yang jelas memberikan gambaran buruk terhadap Islam dan menghina al Quran serta Nabi Muhammad s.a.w.

Filem tersebut turut menggambarkan Islam sebagai sebuah agama yang ganas, ujarnya dalam satu kenyataan yang disampaikan melalui Setiausaha Akhbarnya, Roslan Shahir Mohd Shahir semalam.

Presiden PAS merasakan filem yang tidak bertanggungjawab ini akan mencetuskan ketegangan antara masyarakat Islam dan bukan Islam dunia dan dengan itu mengesyorkan agar ianya tidak ditayangkan lagi.

Presiden PAS turut menyeru Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), negara-negera Islam dan NGO serta badan dan petubuhan Islam lainnya mengenakan tekanan ke atas Belanda agar bertindak terhadap penerbit filem ini dan meyakinkan dunia Islam bahawa tindakan biadap seumpama ini tidak berulang lagi.

Tambahnya, PAS menghormati kebebasan berkarya, namun ia perlu ada had dan batasan, dan dalam hal filem Belanda ini ia ternyata tidak menghormati sensitiviti agama Islam dan penganutnya yang kini merupakan hampir separuh penduduk


0 comments:

Carian dalam Tau Takpe

masukkan je apa-apa yg nak dicari

Tau takpe

Blog arkib berita dari pelbagai media dan blog-blog sebagai simpanan dan rujukan pemilik blog. Segala catatan pendapat dan pandangan adalah dari sudut kacamata dan tafsiran pemilik blog ini sendiri melalui pemerhatian dan kajian berkenaan isu dan fakta yang dikumpulkan. Anda dialu-alukan memberikan pendapat dan berkongsi idea dalam memantapkan blog ini.

- OrangKita (OK) -

Video mesti tengok!!!

| Web blog Tau Takpe dipaparkan sejak 20 Mac 2008 | Copyright 2007 © template by delang[at]delang-d.blogspot.com | Paparan terbaik dengan Firefox |